Inkues bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister, di sini ditetapkan dari 2 hingga 6 Sept depan, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara bersetuju mengadakan inkues berhubung kejadian itu setelah dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya.
"Keluarga Lim telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai penyiasat. Beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Difahamkan inkues itu juga bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, selain bertujuan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.
Pada kejadian ribut 13 Jun lepas, Lim, 44, dikhuatiri tertimbus di dalam tanah setelah pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa cebisan sebuah kereta Honda City berwarna kelabu yang terbenam di kawasan runtuhan itu dua hari selepas kejadian.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi kemudiannya mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian selepas keluar untuk mengambil anaknya di sekolah.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 17 Jun bagi mengelak struktur bangunan warisan di kawasan tersebut terjejas.
Insiden itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, apabila lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat Menara Umno runtuh.
Dalam perkembangan lain, Gan berkata polis merampas 91 komputer bernilai kira-kira RM300,000 yang diubah suai menjadi mesin judi dalam 'Ops Dadu' bersepadu yang dilancarkan sejak 24 Julai sehingga semalam.
Katanya sepanjang operasi yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan kaki judi seperti Jalan Pattani, Lebuh Macallum, Sungai Nibong, Air Itam, Batu Ferringhi itu, polis menahan 22 pemain judi termasuk tiga warga Myanmmar dan sembilan pemilik premis berusia antara 23 dan 39 tahun.
Beliau berkata polis akan menggempur pusat permainan judi berkomputer dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan perjudian haram di daerah ini.
Katanya pemilik premis boleh didakwa mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, manakala pemain judi pula ditahan mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu Aug 01 2013
![Inkues kematian Lim Chin Aik di Jalan Macalister bermula dari 2 hingga 6 Sept Inkues kematian Lim Chin Aik di Jalan Macalister bermula dari 2 hingga 6 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51371135057_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis Pahang mohon inkues kes lelaki kemalangan di Cameron Highlands Polis Pahang mohon inkues kes lelaki kemalangan di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705571292_YahayaOthman.jpg)
Polis Pahang mohon inkues kes lelaki kemalangan di Cameron Highlands
Polis Pahang akan merujuk kepada pihak pendakwaan negeri untuk membuat permohonan inkues susulan kes kematian seorang lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Cameron Highlands.
![Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705567570_BabySyifaa.jpg)
Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon
Amidon Anan berkata tidak ada memberikan pendapat yang mangsa kemungkinan mati disebabkan dibunuh.
![Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656493882_TBBABYSYIFA.jpg)
Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan
Empat belas saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada prosiding hari pertama inkues bagi menyiasat punca kematian bayi 'Baby Syifa'.
![Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656493882_TBBABYSYIFA.jpg)
Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept
Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
![Bayi maut di buaian: Sebutan semula inkues kematian pada 29 Jun Bayi maut di buaian: Sebutan semula inkues kematian pada 29 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649845312_courtgavelmahkam.jpg)
Bayi maut di buaian: Sebutan semula inkues kematian pada 29 Jun
Mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana masalah kesihatan.
![TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652788777_TBDRSUICIDEPENANG.jpg)
TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis
Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
![Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635547000_PolisPulauPinang.jpg)
Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia
Kertas siasatan kes berkenaan telahpun diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.
![Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619793723_KetuaPolisDaerahG.jpg)
Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kes itu masih disiasat dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat TPR dalam masa terdekat.
![Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603447149_NoraAnneQuoirin.jpg)
Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat
Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian remaja perempuan Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin.
![4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam 4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603447149_NoraAnneQuoirin.jpg)
4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam
Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban.