SHAH ALAM: Keterbukaan Malaysia untuk berunding dengan China berhubung aktiviti cari gali oleh Petronas di Laut China Selatan tidak menunjukkan Malaysia sudah mengiktiraf kawasan zon ekonomi eksklusif (ZEE) tersebut milik China.
Ketua Pengarah J-KOM, Profesor Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah bagi mempertahankan kawasan milik negara di meja rundingan.
"Kenyataan Perdana Menteri bukan mengiktiraf kawasan ZEE itu milik China tetapi mempertahankan kawasan itu sebagai kawasan milik negara kita di meja rundingan.
“Perdana Menteri menyuarakan hal itu kepada kerajaan China selepas mereka (China) juga menyatakan mereka menuntut kawasan sama,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Sebelum ini, Anwar memaklumkan, Petronas akan terus melaksanakan kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan dan terbuka untuk rundingan jika China berasakan kawasan berkenaan adalah wilayah mereka.
Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai tidak bertanggungjawab selain menggadai maruah serta kedaulatan negara.
Menurut Mohammad Agus, rundingan adalah sangat penting untuk menyelesaikan konflik secara aman dan konstruktif, terutamanya dengan China yang merupakan kuasa terbesar dunia.
“Dua nasihat saya. Pertama, jika pun kita berbeza politik kepartian, janganlah bermain dengan isu kedaulatan negara. Menuduh Perdana Menteri hendak menjual kedaulatan negara adalah tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bermoral.
“Kedua, berpolitiklah dengan fakta. Perdana Menteri dan semua kita mahukan yang terbaik untuk negara. Tidak puas hati dengan keputusan Perdana Menteri, tegur dan kritiklah secara berhemah,” ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 10 2023

Mohammad Agus berkata, kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah bagi mempertahankan kawasan milik negara di meja rundingan. - Fail/FB Mohammad Agus Yusoff

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rundingan tak bermaksud iktiraf tuntutan China - Mohammad Agus
Kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah bagi mempertahankan kawasan milik negara di meja rundingan.

Daim ketuai rundingan dapatkan kembali RM8.3 bilion projek saluran paip
Daim Zainuddin ketuai rundingan dengan China untuk mendapatkan kembali RM8.3 bilion yang sudah dibayar kepada kontraktor projek Saluran Paip Pelbagai Produk