Rumpai laut merah yang dijumpai di sekitar Pantai Kampung Tanjung Gelam di sini disahkan tidak beracun dan berkemungkinan dibawa ombak kuat ketika musim tengkujuh.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Siti Aisyah Abdullah bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kulit supaya tidak memegang rumpai berkenaan.
Katanya, fenomena itu bukanlah suatu perkara baharu kerana ia pernah hadir di Pantai Merang, Setiu pada 2003, namun hilang begitu sahaja.
"Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit tidak payahlah usik, mungkin akan ada terasa gatal...ia juga akan berbau busuk kerana ia semakin terurai dan belum sempat kering kerana hujan.
"Kita sarankan jika tidak tahan bau tersebut, ia boleh ditutup atau tanam. Ia tidak beracun. Rumpai laut merah ini boleh hidup paling lama berbanding rumpai laut lain, tetapi pada suatu tahap ia boleh tercabut akibat ombak besar," katanya dalam sidang media di UMT, di sini hari ini.
UMT mengadakan kajian saintifik terhadap rumpai laut yang mengemparkan penduduk sekitar sejak Jumaat lalu itu dan akan mengenal pasti pelbagai faktor yang menyebabkan ia hanyut di kawasan tersebut.
Dr Siti Aisyah berkata pihaknya juga akan membandingkan spesies rumpai tersebut sama ada mempunyai persamaan dengan penemuan 13 tahun lalu.
Tambahnya, beliau bersama empat lagi penyelidik termasuk pelajar UMT akan mengambil masa seminggu untuk membuat kajian dan mengakui ia agak rumit sebelum mengenal pasti jantinanya.
"Ada warna rumpai laut ini yang sudah menjadi putih apabila terkena air tawar, jika terkena hujan lagi ia akan 'basi' atau rosak manakala yang tidak terkena hujan akan kekal warnanya.
"Rumpai ini adalah rumpai laut merah, nama sebenarnya akan ambil masa sedikit untuk kita kaji. Jika dilihat dengan mata kasar ia bagaikan benang tetapi selepas lihat dengan microskop barulah kita tahu namanya. - Bernama
Bernama
Mon Oct 31 2016
Rumpai laut berwarna merah yang hanyut dan terdampar di Pantai Kampung Tanjung Gelam ketika tinjauan fotoBernama hari ini. - Foto BERNAMA
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Rumpai laut merah tidak beracun, mungkin dibawa ombak ketika musim tengkujuh
Rumpai laut merah yang dijumpai di sekitar Pantai Kampung Tanjung Gelam di sini disahkan tidak beracun dan berkemungkinan dibawa ombak kuat ketika musim tengkujuh.