SHAH ALAM: Orang ramai dijemput hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor bertemakan ‘Riuh Raya #KitaSelangor’ pada Sabtu, 27 April ini bermula 8 malam di Bandar Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), Datuk Mohd Yazid Sairi berkata, majlis tersebut akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Ella, Sarah Suhairi serta Naim Daniel.
"Kita sediakan 48 gerai makanan dan dibahagikan kepada beberapa seksyen bagi mengelakkan daripada berlaku kesesakan teruk ketika mengambil juadah. Kita akan cuba yang terbaik untuk rakyat Selangor.
"Majlis dijangka menerima kunjungan istimewa daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan ramai lagi," katanya ketika ditemui di Pejabat Setiausaha Kerajaan di sini.
Tambah beliau, tetamu kehormat lain yang hadir adalah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran Awam Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Bandar, Ahli-Ahli Dewan Negeri Undangan Selangor (ADUN), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) dan anak syarikat serta badan berkanun negeri.
Dalam pada itu, Mohd Yazid memaklumkan beberapa pameran secara bergerak berkaitan inisiatif kerajaan negeri turut dibuka bagi menerangkan inisiatif yang disediakan khusus untuk rakyat Selangor.
"Sebagai penambah seri dan keceriaan majlis, kita juga akan mengadakan penyerahan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis dan dijangka tamat antara 10.30 hingga 11 malam dengan acara pertunjukan bunga api.
"Kemudahan lain seperti surau dan tandas juga disediakan kepada pengunjung yang hadir. Begitu juga dengan parkir kenderaan,” ujarnya selain memaklumkan pihaknya turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dan buggy ke lokasi utama rumah terbuka.
Tambahnya, orang ramai boleh melayari media sosial Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK) di http://www.selangor.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung program dan jadual trafik.
"Diharapkan dengan penganjuran rumah terbuka ‘Riuh Raya #KitaSelangor’ ini dapat merapatkan hubungan pemimpin dan rakyat, mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai etnik khususnya di Selangor,” ujarnya yang menasihatkan orang ramai supaya datang awal serta mematuhi peraturan ditetapkan bagi kelancaran majlis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 26 2024

MOHD YAZID: Kita sediakan 48 gerai makanan dan dibahagikan kepada beberapa seksyen bagi mengelakkan daripada berlaku kesesakan teruk; kita akan cuba yang terbaik untuk rakyat Selangor. - Foto Sinar Harian

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju SUKMA 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..

Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.