BESUT:Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya terpaksa terjun menerusi tingkap bagi menyelamatkan diri apabila rumah mereka dijilat api.
Kebakaran berlaku di Kampung Seberang Jerteh, Besut kira kira jam satu pagi Selasa.
Ketika kejadian, Azma Abd Rahman, 45, dan anak perempuannya, Raidah Khairudin, 22, sedang tidur.
Azma yang menyedari kejadian selepas terdengar bunyi letupan dan melihat api marak kemudian mengejutkan Raidah sebelum keduanya terjun melalui tingkap pada ketinggian empat meter untuk menyelamatkan diri.
Manakala, seorang lagi anak mangsa, Ahmad Zaim Khairudin, 19, tidur di rumah kawannya.
Azma menerima lima jahitan di kepala manakala Raidah mengalami cedera ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jerteh, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, tiga buah jentera bersama 15 anggota berkejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan jam 1:20 pagi.
Menurutnya, setiba di lokasi, rumah papan jenis sementara berkeluasan 60 x 70 kaki itu musnah hampir 70 peratus.
Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa kira kira 30 minit.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Nur Fazlizai Ali
Tue Feb 02 2021

Mangsa menerima lima jahitan di kepala manakala anaknya mengalami cedera ringan. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Rumah terbakar, ibu dan anak terpaksa terjun tingkap
Mangsa menyedari kejadian selepas terdengar bunyi letupan dan melihat api marak di rumahnya.