KUALA LUMPUR: Rumah Prihatin@Grand Seasons sedia menjadi pusat pemberian vaksinasi (PPV) bagi golongan remaja jika ada keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ia bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melipatgandakan atau menyegerakan program vaksinasi kepada remaja.
"Di Kuala Lumpur setakat ini sebahagian besar (penduduk) telah terima vaksinasi jadi kapasiti yang ada di PPV kendalian KKM sudah lebih dari memadai.
"Namun sekiranya ada keperluan dari pihak KKM menyegerakan vaksinasi kepada remaja, kita sedia kerana ketika ini aktiviti vaksinasi di sini juga sudah ditamatkan," katanya kepada pemberita selepas program Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Golongan Memerlukan dan Petugas Barisan Hadapan @ Rumah Prihatin di sini, hari ini.
Rumah Prihatin@Grand Seasons di Jalan Pahang di sini merupakan pusat derma bakti yang berkonsepkan hotel kebajikan pertama di Malaysia, diwujudkan untuk membantu kerajaan mengkoordinasi penyaluran bantuan serta perkhidmatan kebajikan secara lebih berkesan berikutan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Annuar berkata pihaknya juga bercadang untuk mewujudkan pusat ekonomi digital yang menawarkan khidmat latihan ekonomi digital di Rumah Prihatin ini kepada golongan berpendapatan rendah dan anak-anak miskin di sekitar Rumah Prihatin.
"Kita cadang wujudkan satu pusat ekonomi digital dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk beri latihan kepada anak-anak keluarga miskin belajar dalam bidang e-commerce (e-dagang) untuk sokong inisiatif ekonomi digital," katanya.
Mengenai bayaran pendahuluan kepada syarikat produksi seni kreatif di bawah kementerian itu, Annuar berkata permohonan untuk tujuan itu sudah mula dibuka.
"Mereka yang terlibat dengan penggambaran dan pengeluaran kandungan untuk kegunaan stesen televisyen dan radio ini lazimnya setiap mereka yang diluluskan projek perlu siapkan projek dan kemudian akan dapat bayaran.
Tetapi mengambil kira kerumitan dari sudut kewangan industri kreatif ini kita sudah putuskan untuk membolehkan mereka mohon pendahuluan hingga maksimum satu perempat daripada harga kontrak, tujuannya supaya dapat 'jump start' (memulakan dengan segera) mereka yang terkesan dengan masalah kewangan akibat COVID-19," katanya.
Mengenai program hari ini, kira-kira 500 petugas barisan hadapan pengurusan jenazah COVID-19 termasuk peniaga kecil dan golongan yang memerlukan di sekitar ibu kota menerima sumbangan bantuan makanan dan kupon makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media pada Program Penyerahan Bantuan Makanan kepada Golongan Memerlukan @ Rumah Prihatin di Grand Season, Jalan Pahang hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Rumah Prihatin sedia jadi PPV golongan remaja
Rumah Prihatin@Grand Seasons sedia menjadi pusat pemberian vaksinasi (PPV) bagi golongan remaja jika ada keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Salah faham punca Rumah Prihatin@Grand Seasons sesak
Kesesakan orang ramai di Rumah Prihatin @ Grand Seasons berpunca daripada salah faham dan berita kononnya premis itu menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara.

KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.

Hotel kebajikan buat rakyat terkesan COVID-19 - Annuar Musa
Hotel Grand Season akan diserahkan kepada sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai YWP bagi tujuan kebajikan.