Pojek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di negeri ini selepas ia dijenamakan semula dengan nama baharu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.
Jagdeep berkata beliau telah memberikan cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya nama PR1MA ditukar kepada Perumahan Rakyat Harapan Malaysia dan tiga lokasi telah dikenalpasti untuk membina unit perumahan itu di negeri ini.
"Tiga lokasi untuk projek perumahan itu ialah dua di bahagian Pulau iaitu di Gelugor dan Batu Feringhi manakala di tanah besar ialah di Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas melawat penyelenggaraan lif flat di Bandar Baru Air Itam di sini hari ini.
Berhubung 999 unit PR1MA seperti yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini untuk dilaksanakan di negeri ini, Jagdeep berkata sehingga kini tidak ada satu unit pun rumah berkenaan dijalankan.
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan yang baharu untuk melaksanakan perumahan itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat tercapai, katanya.
Jagdeep berkata kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan untuk memasukkan projek pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di negeri ini memandangkan Pulau Pinang belum memiliki perumahan PPA1M.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan yang baharu untuk melaksanakan projek PR1MA yang akan dijenamakan semula bagi memastikan kesejahteraan rakyat tercapai. - Gambar hiasan
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.