JERANTUT: Seorang pemilik rumah di sebuah taman perumahan di sini diarahkan untuk tidak meneruskan aktiviti pengusahaan barang kitar semula secara tidak berlesen pada Selasa.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, pemilik rumah yang juga seorang lelaki 30-an itu turut diarahkan membersihkan kawasan kediamannya.
Menurutnya, ia berikutan kawasan tersebut dipenuhi sisa sampah sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar.
"Lelaki tersebut telah melakukan aktiviti ini lebih dua tahun lalu. Aduan juga diterima kerana menyebabkan kerja kutipan dan pembersihan terganggu oleh pengumpulan sisa.
"Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada hari ini (Selasa)," katanya kepada Sinar Harian Pahang pada Selasa.
Ujarnya, pihak SWCorp akan melakukan pemantauan di lokasi terbabit dari semasa ke semasa.
"Operasi hari ini dijalankan bersama pihak SWCorp Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut.
"Kita juga meminta masyarakat untuk tidak membuat kacau ganggu di kawasan perumahan yang boleh menjejaskan pemandangan dan kesihatan penduduk sekitar," jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 15 2022
Keadaan di rumah lelaki tersebut yang melakukan aktiviti pengusahaan barang kitar semula. -Foto Ihsan SWCorp Pahang.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Sisa pepejal di Pahang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis data tahun sebelumnya.
Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.
Sisa makanan bazar Ramadan di N Sembilan dijangka meningkat 15 peratus
Peningkatan dijangka berlaku kerana penambahan lokasi dan peniaga di Bazar Ramadan di Negeri Sembilan berbanding tahun sebelum ini.
KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di selu
Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp
Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Kadar kitar semula Malaysia meningkat kepada 33.17 peratus pada 2022
Kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.17 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.626 juta tan.
Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pepejal masih rendah - SWCorp
38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari ketika ini.
Aidilfitri: SWCorp N. Sembilan lupus lebih 6,000 tan sisa pepejal
Jumlah itu mengalami penurunan berbanding ketika perayaan Aidilfitri dalam tempoh sama tahun lepas.
90 tan metrik sampah pukal dikutip di Melaka sepanjang Ramadan
40 notis dikeluarkan kepada pemilik kediaman yang sering melonggokkan sisa buangan di kawasan tidak sepatutnya.