IPOH: Sorotan berhubung keturunan dan pemimpin dalam kalangan masyarakat Mandailing banyak berpusat di Papan, Pusing sebelum ini, khususnya rumah besar Raja Bilah.
Kewujudan rumah kuning berusia lebih 130 tahun yang masih utuh di No.7, Batu 9, Jalan Ipoh, Chemor, di sini, menjadi bukti penting bahawa keturunan Mandailing juga ada bertapak di kawasan itu sejak sekian lama.
Malah, sebenarnya rumah besar Raja Bilah dan rumah berwarna kuning itu ada kaitan secara tidak langsung dari sudut sejarah dan hubungan kekeluargaan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee berkata, rumah bersejarah itu dibina pada tahun 1890-an.
Jelasnya, Chemor antara penempatan utama masyarakat Mandailing di Perak, selain di daerah Batang Padang, Kinta dan Larut Matang.
"Tidak ramai yang ketengahkan sejarah Chemor, kalau ikutkan nama Chemor itu diambil sempena loghat Perak iaitu 'tercemar', dikatakan penempatan yang menjadi laluan gajah itu berlumpur waktu itu dan agak tercemar, wujudlah nama Chemor.
"Rumah ini merupakan rumah pusaka waris yang menjadi perintis membangunkan Chemor, ia dibina oleh Muhd Noor pada tahun 1890-an.
"Bapa mentua Muhd Noor ialah Raja Abdul Rahman, yang merupakan adik kepada Raja Bilah. Jadi, bapa mentuanya merupakan antara tokoh penting dalam membawa perkembangan Chemor.
"Pembangunan di Chemor ketika itu seiring dengan di Papan, tetapi ia agak lewat sedikit. Ia juga ada kaitan dengan bijih timah dan pertanian," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, Batu 9 dahulunya dipanggil Kampung Mandailing dan pernah diberi julukan Desa Jabolga sempena nama pemimpin Mandailing yang berhijrah dari Sumatera ke negeri Melayu dan membuka kampung tersebut.
Kini, rumah tersebut masih didiami dan diwarisi oleh cucunya, Nadimah Mohd Jamil, 78.
Nadimah juga masih menjaga koleksi barangan yang berkait rapat tentang masyarakat Mandailing di rumah tersebut.
Antaranya koleksi tekat lebih 100 tahun, pinggan mangkuk dan latar belakang sejarah keluarganya yang membangunkan Chemor.
Nadimah sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur dan sering berulang ke Perak bagi menjaga rumah pusaka itu, tetapi kini beliau sudah menetap di situ.
Malah beliau juga arif mengenai resipi dan masakan tradisional masyarakat Mandailing seperti gulai daun ubi tumbuk.
Sebagai waris, Nadimah berharap rumah tersebut dapat dimanfaatkan kepada masyarakat, di samping pihak yang berminat dialu-alukan untuk sama-sama memulihara rumah yang sarat dengan warisan itu.
Dalam pada itu, Nor Hisham menegaskan, rumah itu patut dijadikan 'living gallery' supaya ia tidak terkubur begitu sahaja di kemudian hari, sebagaimana yang terjadi di banyak lokasi sebelum ini.
"Seperti yang kita sedia maklum Kampung Mandailing di Batu 9 itu sendiri sudah hilang identitinya, dan sudah tidak ramai keluarga dalam kalangan masyarakat Mandailing yang menetap di situ.
" Nadimah juga ada minta pandangan dan nasihat, kita juga harap rumah itu dapat dibuka dan dilawati oleh peminat sejarah warisan.
"Mungkin ada pihak berwajib yang boleh tampil bantu bagi pulihara warisan itu, baru-baru ini pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar ada suarakan untuk dokumentasikan warisan rumah rumah kuning itu," jelasnya.
Aida Aziz
Sat Nov 11 2023
Kewujudan rumah kuning berusia lebih 130 tahun yang masih utuh di No.7, Batu 9, Jalan Ipoh, Chemor, Ipoh, menjadi bukti penting bahawa keturunan Mandailing juga ada bertapak di kawasan itu sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan
Mungkin umat Islam perlu ambil nilai murni ditonjolkan seorang imam dalam kejadian di Finsbury Park, London yang menghalang seorang lelaki dipukul selepas merempuh jemaah masjid selepas solat.
IOM beri amaran kesan buruk musim sejuk terhadap penduduk di Gaza
IOM amat bimbang dengan kesan buruk hujan musim sejuk dan suhu beku ke atas penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan serangan tentera Israel di Gaza telah menyebabkan banyak hospital dan kemudahan perubatan tidak lagi berfungsi sepenuhnya.
Kekejaman zionis: Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang tergempar hari ini bagi membincangkan situasi yang semakin meruncing di Asia Barat, terutamanya berkaitan isu Palestin, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima pihak Maritim Malaysia, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut namun lokasi sebenar masih belum dapat dikenal pasti.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza.
PBAKL: Tempahan reruai melalui aplikasi PBAKL dibatalkan
Semua tempahan reruai menerusi aplikasi penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 dibatalkan.
JAWI selesai siasat isu zikir pelik di Tanah Perkuburan Setapak
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah selesai menjalankan siasatan berkaitan isu zikir oleh sekumpulan individu di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak baru-baru ini.
JAWI diarah nilai semula SOP keselamatan masjid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata JAWI telah diarahkan menjalankan siasatan rapi memandangkan masjid itu terletak di bawah bidang kuasa pengawasan jabatan berkenaan.
Jerebu tebal: Hanoi bandar paling tercemar - Laporan
Ibu negara Vietnam, Hanoi, telah diliputi jerebu tebal sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia, menurut data terkini.
Rumah kuning di Chemor jadi 'living gallery', elak warisan Mandailing terkubur
Kewujudan rumah kuning berusia lebih 130 tahun yang masih utuh di No.7, Batu 9, Jalan Ipoh, Chemor jadi bukti keturunan Mandailing bertapak di kawasan itu sejak sekian lama.