Inisiatif diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah dianggap positif, namun dibimbangi ianya hanya penyelesaian jangka pendek dan kemungkinan pihak tertentu mengambil kesempatan daripadanya.
Pensyarah kanan dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Fakulti Perniagaan Universiti Putra Malaysia Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana beliau menjangkakan lebih ramai golongan berpendapatan rendah (B40), akan dibebani hutang akibat daripada pinjaman untuk membeli rumah berkenaan.
"Walaupun inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) membolehkan lebih ramai layak memiliki rumah, ia hanya penyelesaian jangka pendek dan tidak menyelesaikan masalah sebenar.
"Sebagai contoh, Malaysia masih kekal sebagai negara di Asia Tenggara yang mana isi rumahnya berhutang paling tinggi, iaitu melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM1 trillion. Malah lebih separuh daripada hutang isi rumah ialah pembiayaan rumah.
"Sepatutnya kerajaan menggalakkan alternatif pembiayaan rumah seperti sewa beli di bawah konsep Musharakah Mutanaqisah, supaya tidak berhutang dalam membeli rumah dan hanya menyewa seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju di Eropah," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Katanya, harga rumah serendah RM300,000 ke bawah belum tentu dapat diperoleh, di kawasan bandar kerana kebanyakannya terletak di luar bandar sekali gus, tidak strategik untuk didiami.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata beliau bersetuju inisiatif BNM akan memberi manfaat kepada golongan B40, tetapi beliau bimbang pemaju kawasan perumahan akan mengambil kesempatan.
"Rata-rata tahap kemampuan golongan B40 adalah rumah di bawah RM250,000 dan kami takut disebabkan inisiatif ini, pemaju akan banyakkan lagi rumah lebih mahal dan rakyat tidak ada pilihan selain daripada membeli rumah di luar kemampuan mereka dan dibebani hutang yang banyak," katanya.
Pada Rabu, BNM memperluaskan kriteria kelayakan bagi Dana Rumah Mampu Milik RM1 bilion dengan menaikkan kelayakan pendapatan bulanan isi rumah kepada RM4,360 daripada RM2,300 untuk memohon pinjaman.
Selain itu, harga hartanah maksimum ditingkatkan kepada RM300,000 daripada RM150,000, berkuatkuasa 1 Sept ini.
Inisiatif tambahan tersebut adalah bagi membantu golongan B40 untuk memiliki rumah pertama serta menangani kes-kes permohonan pembiayaan yang ditolak oleh bank.
Dana tersebut, yang mempunyai kadar pembiayaan maksimum pada kadar 3.5 peratus setahun, adalah untuk hartanah dalam pasaran utama sahaja.
Peminjam mesti pekerja bergaji atau bekerja sendiri dan tidak mempunyai mana-mana rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019

Ahmed Razman berkata kerajaan sepatutnya menggalakkan alternatif pembiayaan rumah seperti sewa beli di bawah konsep Musharakah Mutanaqisah, supaya tidak berhutang dalam membeli rumah dan hanya menyewa. - Gambar hiasan
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'
Katanya, usaha itu perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga NGO.

Ketidaktentuan politik jejas pelaburan, PM 9 perlu segera cari 'exit strategy' - Pakar
Perdana Menteri mempunyai tugas berat untuk mencari strategi keluar dari situasi ekonomi pegun yang dilalui negara ketika ini.

Kaedah pemberian baucar mampu ringankan beban rakyat terkesan - Pakar
Kaedah pemberian baucar perlu diketengahkan semula dalam membantu meringankan beban rakyat ketika pandemik COVID-19.

Belanjawan 2021: Dipinda dan lulus untuk rakyat
Walaupun terdapat cubaan menolak belanjawan dengan peruntukan RM322.5 bilion itu, akhirnya majoriti ahli Parlimen meluluskannya di peringkat dasar.

Belanjawan 2021: Lanjutkan moratorium bantu ringankan hutang rakyat
Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar bali

Apa punca sebenar harga minyak turun? Ini penjelasan pakar ekonomi
Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan.

'Orang Melayu sendiri kurang sokong peniaga Melayu'
Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, perkara itu sudah berlaku ketika kerajaan terdahulu sehingga kini.

Rumah B40: Inisiatif BNM positif namun dibimbangi penyelesaian jangka pendek
Lebih ramai golongan berpendapatan rendah (B40) akan dibebani hutang akibat daripada pinjaman untuk membeli rumah berkenaan.

Khazanah rugi kerana bersihkan portfolio - Pakar
Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian susulan aktiviti pembersihan portfolio pasca lantikan pentadbiran baharu.

Kejatuhan ringgit disebabkan anomali luaran - Ahli ekonomi
Penyusutan ringgit kepada RM4.1460 ketika ditutup hari ini disebabkan terutama oleh anomali luaran dan bukan faktor domestik, kata pakar ekonomi.