Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.
Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata kerajaan menilai setiap kewajaran sebelum memutuskan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan.
"Berdasarkan trend, kita memang nak menggugurkan ruang kaum dalam borang tetapi bukan sekarang. Ia akan dilaksanakan kemudian secara perlahan-lahan.
"Buat masa ini, kita mengambil langkah gugurkan yang tiada nilai tambah sahaja," katanya, sambil memberikan contoh borang seperti permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.
Terdapat lebih 120 borang rasmi kerajaan yang telah menggugurkan ruang kaum sehingga kini.
Entulu berkata terdapat tiga kategori borang yang masih mengekalkan maklumat identiti kaum kerana ia berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara kedudukan dan kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia.
Bagi kategori kedua pula maklumat identiti kaum diperlukan untuk memenuhi keperluan perundangan seperti perundangan tanah, pendidikan, perniagaan dan kaedah-kaedah diwartakan di bawah semua akta, katanya.
Kategori ketiga, maklumat kaum diperlukan bagi tujuan penyelidikan dan perancangan antaranya mengenai kawalan penyakit, penambahbaikan pendidikan, kajian demografi penduduk dan perancangan kemudahan dan pembangunan, katanya.
Entulu bagaimanapun berkata agensi kerajaan digalakkan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan walaupun setakat ini tiada arahan ataupun surat pekeliling dikeluarkan.
Bernama
Thu May 08 2014
![Ruangan 'kaum' dalam borang digugurkan - Entulu Ruangan 'kaum' dalam borang digugurkan - Entulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399513651_295x200.jpg)
Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemuda Gerakan minta Perkasa baca Perlembagaan Persekutuan Pemuda Gerakan minta Perkasa baca Perlembagaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41388675124_295x200.jpg)
Pemuda Gerakan minta Perkasa baca Perlembagaan Persekutuan
Tan Keng Liang cabar Ibrahim Ali untuk menunjukkan peruntukan manakah dalam Perlembagaan yang wajibkan kerajaan masukkan kaum dalam borang.
![Ruangan 'kaum' dalam borang digugurkan - Entulu Ruangan 'kaum' dalam borang digugurkan - Entulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399513651_295x200.jpg)
Ruangan 'kaum' dalam borang digugurkan - Entulu
Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.