Syarikat swasta dan badan korporat disaran supaya lebih kerap membantu penggiat teater tempatan terutama dari segi sumbangan dan tajaan bagi memartabatkan industri seni ke peringkat yang boleh dibanggakan.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata sebagai seorang yang meminati seni, beliau memahami cabaran dari segi kekangan kos yang dihadapi sesebuah produksi untuk menerbitkan teater bermutu.
"Justeru, saya menyeru kepada pihak swasta agar lihat-lihatlah, pandang-pandanglah, jenguk-jenguklah dan paling mustahak bantu-bantulah produksi tempatan yang ingin mementaskan seni teater.
"Sumbangan anda sekelian bukan sahaja mampu menjayakan sesebuah pementasan tetapi usaha itu turut membantu menyemarakkan lagi seni teater di negara kita," katanya ketika melancarkan teater 'Di Bawah Lindungan Kaabah' di Lambang Sari, Istana Budaya di sini hari ini.
Rosmah berkata selain menjadi warisan budaya bangsa yang perlu dipelihara dan dihidupkan kembali, teater juga boleh menjana pendapatan serta ekonomi negara.
Buktinya, lihat sahaja sambutan dan kejayaan teater Broadway di New York, teater West End di London dan teater Kabuki di Jepun, katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu Rosmah turut menyarankan supaya penggiat teater menampilkan jalan cerita yang mampu menarik minat dan memenuhi cita rasa penonton terutama golongan muda.
Rosmah, yang juga penaung kehormat teater Di Bawah Lindungan Kaabah, berharap agar pementasan yang diadaptasi daripada novel karya Prof Hamka itu mampu mengembalikan warisan seni bangsa yang kaya dengan norma, nilai positif dan falsafah hidup murni.
Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan perjalanan hidup Hamid dan Zainab yang mengutamakan cinta kepada Allah SWT serta terpaksa mengorbankan cinta mereka disebabkan kekangan adat dan latar kehidupan berbeza.
Teater arahan aktivis teater terkenal Rosminah Mohd Tahir itu bakal dipentaskan buat julung kalinya di Istana Budaya selama 10 hari bermula 9 Mei ini.
Diterbitkan bersama CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya watak utama teater itu dibawa pelakon Adi Putra yang melakonkan watak Hamid dan Nasha Aziz sebagai Zainab.
Turut sama menjayakan pementasan teater itu ialah Fizo Omar, Yasmin Hani Richardson dan Dafi Ismail Sabri.
Bernama
Mon Apr 28 2014

Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra bersama pelakon teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Nasha Aziz selepas merasmikan teater tersebut di Istana Budaya.--fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Rosmah saran swasta dan badan korporat bantu penggiat teater
Sebagai seorang yang meminati seni, beliau memahami cabaran dari segi kekangan kos yang dihadapi sesebuah produksi untuk menerbitkan teater bermutu.