KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dihadapinya yang dijadualkan bermula Rabu ini.
Rosmah, 69, selaku pemohon memfailkan notis usul itu menerusi Tetuan Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.
Hasil semakan sistem mahkamah, permohonan tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Rabu ini.
Dalam notis usul itu, Rosmah memohon perintah bahawa kesemua prosiding dalam kes terbabit digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan, didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Rayuan berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan pada 23 Mac ini.
Sementara itu, menerusi afidavit yang difailkan bersama notis usul itu, Rosmah antara lain mendakwa jika Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Mohamed Zaini bukan hakim yang sesuai untuk mendengar kes terhadapnya, maka perbicaraan kes berkenaan akan menjadi sia-sia, sekiranya perbicaraan telah berjalan.
Dakwa Rosmah, sekiranya perbicaraan kes itu diteruskan, ia akan melanggar hak asasinya di mana beliau akan mengalami kemudaratan yang tidak boleh diperbetulkan jika perbicaraan tersebut diisytiharkan terbatal kelak.
Pada 14 Dis lepas, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya dan menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan ini.
Pada 2 Nov lepas, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan LHDN atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar yang dihadapinya dan dibicarakan di hadapan hakim sama (Mohamed Zaini) secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim itu dalam kes pengubahan wang haram tersebut.
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Rosmah memfailkan notis usul itu menerusi Tetuan Geethan Ram di Mahkamah Tinggi dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden. - Gambar fail/ Bernama
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.