KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuah beliau yang melibatkan projek solar telah berkomplot dengan bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor untuk membabitkannya meskipun mengaku tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pegawai dari Jabatan Peguam Negara (AGC), Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu hari ini.
Bagi mengesahkan perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudian memperkenal Rosmah, 69, kepada tujuh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kesnya sebelum prosiding mahkamah hari ini dan beliau berkata "Saya hanya kenal kebanyakan mereka di mahkamah."
Antara Timbalan Pendakwa Raya yang diperkenal oleh Sri Ram ialah Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, Poh Yih Tinn dan Nadia Mohd Izhar.
Rosmah kemudian menyoal mengapa Sri Ram tidak memperkenal dirinya dan beliau menjawab "kerana saya bukan dari AGC."
Sebagai respons, Rosmah berkata "tapi anda telah dilantik (oleh AGC). Anda memiliki fiat (surat kuasa)" namun Sri Ram hanya berkata "mari kita teruskan kes ini."
Sri Ram: Pembelaan anda ialah mereka (Rizal dan pegawai AGC) membina satu kes palsu untuk membabitkan anda.
Rosmah: Betul.
Rosmah bagaimanapun tidak bersetuju bahawa tidak ada asas untuk Rizal berkomplot dengan AGC dalam memberikan keterangan palsu terhadap beliau.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Sri Ram pada hari ketiga pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah terhadapnya yang membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Terdahulu, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata Rizal adalah seorang pekerja yang tidak cekap namun perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan secara terus kepada bekas pembantunya itu sebaliknya beliau memaklumkan pegawai khas Najib iaitu Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.
"Ketika dia mula-mula bekerja dengan saya, dia telah ditugaskan untuk menulis teks ucapan. Bahasa dan kandungannya amat hambar, ia bukan jenis ucapan yang sepatutnya disampaikan oleh isteri seorang perdana menteri," katanya.
Rosmah juga berkata, beliau bukanlah individu yang memberikan gelaran 'Datuk' kepada Rizal namun telah membantu mencadangkan namanya kepada Sekretariat Negeri Pahang atas dasar kasihan.
Sri Ram: Tapi cadangan anda telah diterima.
Rosmah: Mungkin kerana saya adalah isteri PM.
Kepada soalan berikutnya, Rosmah menafikan bahawa beliau mempunyai tabiat meminta orang lain "melakukan tugasan bagi pihaknya" apabila menginginkan sesuatu.
BACA: Saya tidak pernah gelar diri sendiri sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' - Rosmah
BACA: Rosmah sanggup korbankan diri demi Najib
Sri Ram kemudian memberikan contoh ketika Rosmah meminta kenalannya Aizulhaimi Mohd Termizi membuat laporan polis bagi pihaknya sebelum ini, yang dinafikan tertuduh dan beliau berkata: "Saya tidak meminta tetapi beliau yang mencadangkannya kepada saya (untuk membuat laporan polis)."
Sri Ram: Itulah yang saya maksudkan, ia sama seperti ketika anda mahukan wang daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin namun anda memintanya melalui Rizal.
Rosmah: Saya tidak bersetuju.
Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek hibrid solar secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada 21 Okt depan. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
![Rosmah dakwa bekas pembantunya, Rizal Mansor berkomplot dengan AGC Rosmah dakwa bekas pembantunya, Rizal Mansor berkomplot dengan AGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633612103_TBROSMAHjpg.jpg)
Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa, Rizal Mansor seorang pekerja yang tidak cekap namun perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan secara terus kepada bekas pembantunya itu. - Gambar BERNAMA
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024 KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720355095_KejohananUniversit.jpg)
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719389753_TBrosmah.jpg)
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
![Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719215525_TBROSMAHMANSORj.jpg)
Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL terhadapnya.
![Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
![Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh penghakiman ingkar terhadap seorang pemilik akaun TikTok dalam kes saman fitnah yang dikemukakannnya.
![Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692877769_RosmahMansor.jpg)
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
![Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692877769_RosmahMansor.jpg)
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711436750_NAJIBRAZAKMAHKAMA.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.