PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia Rosli Darmawan dilantik sebagai Ketua Pengarah Nuklear Malaysia berkuat kuasa Rabu lepas (6 Sept).
Rosli menggantikan Abdul Rahim Harun yang bersara pada 1 Mei lepas.
Nuklear Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Rosli adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau dalam pembangunan serta penyelidikan kejuruteraan nuklear.
Rosli yang mempunyai kepakaran yang luas dalam sistem keselamatan reaktor nuklear, merupakan pemegang ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari University of the Pacific, Amerika Syarikat, Kejuruteraan Sistem Pembuatan dan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Putra Malaysia.
Agensi Nuklear turut mengumumkan pelantikan Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) serta Dr Ishak Mansor sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Pelantikan Rosli adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau dalam pembangunan serta penyelidikan kejuruteraan nuklear. - Gambar/ MOSTI

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Agensi Nuklear Malaysia pergiat promosi, luaskan penggunaan anak benih padi NMR152
Benih padi varieti itu menunjukkan hasil tinggi dan stabil di pelbagai persekitaran dan sesuai ditanam di siri tanah berbeza terutamanya di kawasan tanah bermasalah.

Rosli Darmawan dilantik Ketua Pengarah Nuklear Malaysia baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia Rosli Darmawan dilantik sebagai Ketua Pengarah Nuklear Malaysia berkuat kuasa Rabu lepas (6 Sept).

Malaysia rangkul dua anugerah dalam sains, teknologi nuklear
Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Pencapaian Perjanjian Kerjasama Serantau.

MCMC meterai kerjasama dengan UniKL, MBOT, Agensi Nuklear Malaysia bangunkan bakat digital negara
MCMC hari ini menandatangani dan penukaran dokumen kerjasama dengan beberapa institusi tempatan dan global.

Mohd Abd Wahab dilantik Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
Mohd Abd Wahab berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta pengurusan sisa radioaktif.