Dr Mohd Abd Wahab Yusof dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang baharu berkuat kuasa 12 Sept bagi menggantikan Datuk Dr Mohd Ashhar Khalid yang telah bersara wajib.
Nuklear Malaysia dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, memaklumkan Mohd Abd Wahab, yang sebelum ini merupakan Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar di Nuklear Malaysia, berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta pengurusan sisa radioaktif.
Mohd Abd Wahab, 58, berasal dari Kampung Salak Tengah, Sepang, Selangor, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai penyelidik di Nuklear Malaysia pada 1984 dan telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam perkhidmatan awam.
Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Nuklear dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Nottingham, United Kingdom.
Beliau pernah ditempatkan di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dari 1985 hingga 2001 sebagai Pengarah Penilaian, Pengarah Penguatkuasaan, selain pernah menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah.
Mohd Abd Wahab juga pernah menjalankan beberapa misi pakar ke Filipina, Maghribi dan Vienna, Austria di bawah kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018

Mohd Abd Wahab telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam perkhidmatan awam. - Foto Facebook KP Agensi Nuklear Malaysia
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Agensi Nuklear Malaysia pergiat promosi, luaskan penggunaan anak benih padi NMR152
Benih padi varieti itu menunjukkan hasil tinggi dan stabil di pelbagai persekitaran dan sesuai ditanam di siri tanah berbeza terutamanya di kawasan tanah bermasalah.

Rosli Darmawan dilantik Ketua Pengarah Nuklear Malaysia baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia Rosli Darmawan dilantik sebagai Ketua Pengarah Nuklear Malaysia berkuat kuasa Rabu lepas (6 Sept).

Malaysia rangkul dua anugerah dalam sains, teknologi nuklear
Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Pencapaian Perjanjian Kerjasama Serantau.

MCMC meterai kerjasama dengan UniKL, MBOT, Agensi Nuklear Malaysia bangunkan bakat digital negara
MCMC hari ini menandatangani dan penukaran dokumen kerjasama dengan beberapa institusi tempatan dan global.

Mohd Abd Wahab dilantik Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
Mohd Abd Wahab berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta pengurusan sisa radioaktif.