Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik lima sen seliter, manakala diesel naik empat sen, bagi tempoh 26 Sept hingga 2 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.71).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA