KUALA LUMPUR: Tindakan dua rakan merompak wang tunai RM65 dari sebuah kedai serbaneka membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Nazir Bahli, 36, dan Ahmad Shahmi Azmi, 31, kedua-duanya penghantar makanan, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan..
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 19 Ogos lepas.
Mereka didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, yang merupakan pekerja kedai itu, dengan mengambil wang tunai RM65 milik kedai tersebut, dalam kejadian di Taman Pertama, Cheras, di sini, pada jam 9.30 malam, 18 Ogos lepas.
Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak melibatkan wang berjumlah RM324.15 di dua kedai sekitar Cheras antara 8.20 malam dan 8.30 malam pada tarikh sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Sept bagi tarikh jatuh hukum.
Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi dan Hamidah Mohamed Deril pula, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap tiga pekerja kedai serbaneka di sekitar Cheras antara jam 8.49 malam hingga 9.45 malam pada hari berkenaan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan menetapkan 26 Sept dan 5 Okt untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan bagi kes-kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan, Ngoh Jess Lynn dan Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwaklili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
![Rompak RM65 di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara, sebat Rompak RM65 di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara, sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661344404_JudgeHammer.jpg)
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 19 Ogos lepas. - Gambar hiasan
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718634326_TBrompakanemas.jpg)
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
![Rompak guna pisau tolak, lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan Rompak guna pisau tolak, lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Rompak guna pisau tolak, lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan
Mohammad Faizal Roslan yang tidak diwakili peguam, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di akhir kes pembelaan.
![Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717819180_tbaiddelivered.jpg)
Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.
![Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716291856_mahkamah.jpg)
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
![Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.
![Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685085779_TBrompak.jpg)
Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol
Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas.
![Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683107934_rompak.jpg)
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.
![Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682901303_Frenchpolice.jpg)
Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.
![Dua mengaku salah rompak, menyamar polis, heret mangsa guna motosikal Dua mengaku salah rompak, menyamar polis, heret mangsa guna motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676278932_TBCourtHammer.jpg)
Dua mengaku salah rompak, menyamar polis, heret mangsa guna motosikal
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merompak seorang lelaki dengan mengheretnya menggunakan motosikal dan menyamar sebagai pegawai polis.