KUALA LUMPUR: Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas C. Selvam, 35, selepas dia mengaku bersalah bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, merompak sebuah beg milik Kayoko Shimada yang mengandungi kad bank, pasport, telefon bimbit dan wang tunai RM100 di kaki lima, Lorong Pudu 14 di Bukit Bintang di sini pada 7.10 pagi, 4 Mac.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Mahkamah turut memerintahkan Selvam menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 13 Mac.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira tertuduh telah menggunakan kad bank milik mangsa.
Peguam Kalwant Singh yang mewakili Selvam, memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain perlu menanggung keluarga.
"Anak guam saya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dia menggunakan kad bank (mangsa) untuk membeli empat paket rempah kari bagi keperluan keluarganya," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar hiasan

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.