KUALA PILAH: Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas, di sini hari ini.
Pengurus kedai emas itu Noorhasliza Abd Rahman berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya, kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi tadi menunjukkan kedua-dua mangsa yang membawa dua beg telah diserang dua lelaki memakai topeng hitam.
"Kejadian berlaku di luar premis ini, dua individu itu adalah pembekal barang kemas, memang keadaan panik dan ia merupakan kejadian pertama berlaku di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kedainya.
Noorhasliza berkata laporan polis telah dibuat dan rakaman CCTV itu telah diserahkan untuk siasatan lanjut.
Katanya, ketika insiden itu semua pekerja berada di dalam kedai melayan beberapa pelanggan.
Tinjauan pemberita di kawasan itu mendapati kedai emas berkenaan beroperasi seperti biasa dan pihak polis melakukan sekatan jalan raya di beberapa laluan.
Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat itu, sebuah kereta berwarna perak dilihat berhenti berhampiran mangsa yang baru keluar daripada kereta, sebelum suspek yang memegang senjata kelihatan seperti parang turun lalu menyerang mereka.
Mangsa dilihat cuba menyelamatkan diri, namun dikejar dan diserang serta suspek merampas beg yang dibawa mereka, sebelum melarikan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
"Maklumat lanjut belum diperoleh daripada Ketua Polis Daerah Kuala Pilah. Kami akan maklumkan (perkembangan) dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas. - Foto Sinar Harian/media sosial
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.