AYER KEROH: Keghairahan empat rakan melakukan jenayah rogol secara berkumpulan di lapangan terbang kecil di Jasin, Ahad lalu membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.
Kesemua tertuduh, Khairul Asnawi Rusri, 19, dan Muhammad Firdaus Noor Apande, 18, serta dua lagi rakan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Sungai Rambai Aerodrome dalam daerah Jasin pada 17 Julai lalu.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Sementara itu, tertuduh Khairul Asnawi turut didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada waktu, tempat dan tarikh sama.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Bahiyah Amir Haidi tidak mencadangkan sebarang jaminan bagi kesalahan rogol, namun memohon jaminan RM20,000 dengan dua penjamin dikenakan bagi kes amang seksual fizikal.
Peguam, Chua Yong Yi yang mewakili semua tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan dengan alasan Khairul Asnawi khususnya, merupakan anak sulung dan perlu membantu keluarga menjaga tiga adiknya, selain bapa hanya bekerja di kilang papan.
Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Firdaus dan tertuduh berusia 17 tahun dijamin sebanyak RM7,000 setiap seorang, manakala RM5,000 bagi tertuduh berusia 16 tahun.
Khairul Asnawi bagaimanapun dikenakan jaminan sebanyak RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Nariman turut meletakkan syarat tambahan iaitu kesemua tertuduh dilarang mengganggu mangsa dalam apa jua keadaan sekalipun sehingga kes selesai dan menetapkan tarikh 16 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jul 22 2022

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - Foto Astro AWANI

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung
Perintah reman ke atas tujuh lelaki termasuk lima remaja yang sebelum ini ditahan atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disambung tiga hari bermula Selasa hingga Khamis.

6 remaja lelaki ditahan rogol berkumpulan pelajar Tingkatan 2
Lima daripada remaja tersebut merupakan pelajar dari sekolah sama dengan mangsa, manakala seorang lagi sudah berhenti sekolah.

Lima lelaki termasuk abang ipar ditahan, polis berjaya selesaikan kes rogol bergilir
Kesemua empat suspek yang diberkas antara Khamis hingga Sabtu itu ditahan reman sehingga 13 September ini.

Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.

Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, pada dua minggu lalu.

Empat lelaki diarah bela diri tuduhan rogol berkumpulan budak 12 tahun
Empat lelaki diarah membela diri atas pertuduhan rogol berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tiga tahun lepas.

Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari
Lapan remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama 7 hari.

Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur
Tiga lelaki Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 20 Ogos lalu.

Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Mereka didakwa secara bersama melakukan rogol berkumpulan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan.

Rogol berkumpulan gadis di lapangan terbang, empat rakan didakwa
Keghairahan empat rakan melakukan jenayah rogol secara berkumpulan di Lapangan Terbang Kecil di Jasin, Ahad lalu membawa padah.