PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dalam memerintahkan seorang lelaki bekerja sendiri yang didapati bersalah atas satu kesalahan rogol dan dua kesalahan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia 10 tahun, untuk menjalani hukuman penjara ke atas ketiga-tiga pertuduhan itu secara serentak.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Dr Choo Kah Sing membuat keputusan tersebut susulan rayuan lelaki berusia 45 tahun itu yang meminta mahkamah tersebut menjelaskan sama ada hukuman penjara ke atasnya berjalan serentak atau berasingan.
Lelaki itu dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan 12 sebatan atas kesalahan rogol manakala bagi dua kesalahan amang seksual, masing-masing 10 tahun penjara dan empat sebatan serta 10 tahun dan lima sebatan; selepas dia mengaku bersalah atas ketiga-ketiga pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen pada 20 Okt tahun lepas.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tersebut dan dia diperintahkan menjalani tempoh penjara bagi ketiga-tiga kesalahan itu secara serentak bermula 13 Okt tahun lepas, iaitu tarikh tangkapan.
"Anda bertuah. Kesalahan yang anda lakukan sangat serius. Mahkamah Sesyen mahu menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan 21 sebatan namun atas kesilapan teknikal, anda dihukum 12 tahun penjara dan 21 sebatan," kata Hadhariah.
Beliau berkata memandangkan Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli mengesahkan bahawa Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan arahan bahawa kesemua hukuman penjara itu bermula daripada tarikh tangkapan, pihak Mahkamah Rayuan perlu mengekalkannya.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen terbabit Norakhmar Mohd Sani menyatakan dalam keputusannya bahawa hukuman penjara untuk ketiga-tiga pertuduhan itu bermula daripada tarikh tangkapan.
Beliau juga menyatakan bahawa hukuman penjara untuk dua kesalahan amang seksual dijalankan serentak.
Bagaimanapun, pada 21 Okt lepas, Norakhmar menulis surat kepada Mahkamah Tinggi memaklumkan bahawa beliau melakukan satu kesilapan dalam keputusannya dan memohon mahkamah itu melakukan semakan semula terhadap kes tersebut.
Dalam surat itu, beliau berkata beliau berniat untuk menjatuhkan hukuman 22 tahun penjara daripada tarikh tangkapan.
Beliau mahu hukuman penjara bagi kesalahan rogol berjalan secara berasingan daripada hukuman penjara bagi kesalahan amang seksual, bagaimanapun, tidak mengumumkan perkara itu dalam keputusannya.
Pada 19 Jan lepas, Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan semakan semula itu, menyatakan tiada perlanggaran undang-undang pada hukuman penjara tersebut.
Ekoran itu, lelaki berkenaan, diwakili peguam Rozilan Abdul Rahman memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan memohon penjelasan sama ada hukuman penjara itu berjalan secara serentak atau berasingan.
Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu melakukan kesalahan tersebut terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun ketika itu, di sebuah rumah di Jerantut, Pahang pada Julai dan 9 Okt tahun lepas.
Mahkamah Sesyen turut mengarahkan lelaki itu untuk menjalani kaunseling rehabilitasi selama dua tahun semasa dalam tahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tersebut dan dia diperintahkan menjalani tempoh penjara bagi ketiga-tiga kesalahan itu secara serentak bermula 13 Okt tahun lepas. -Gambar fail/Pexels
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.