PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneruskan usaha mewujudkan ekosistem untuk pusat data yang menawarkan kepakaran khusus dan perkhidmatan pengkomputeran awan berteknologi tinggi.
MCMC dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, ia selaras dengan hasrat merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) mengenai penyediaan akses bermutu tinggi dan menyeluruh kepada infrastruktur digital agar Malaysia menjadi sebuah negara berteknologi tinggi, berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.
MCMC menjelaskan, 12 penyedia ibu sawat Internet (IXP) sedia ada akan ditambah kepada 66 pada 2025.
IXP memastikan pertukaran trafik Internet antara penyedia perkhidmatan lancar dan rangkaian penghantaran kandungan menjadi lebih pantas dan mengurangkan keperluan transit huluan data untuk mengurangkan kos hantaran.
Bagi mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan rakyat terutama golongan B40, sebanyak 873 Pusat Internet Komuniti kini ditransformasi menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
MCMC memaklumkan bilangan PEDi, yang berperanan memperkasakan aktiviti ekonomi digital dengan membangunkan kemahiran penggunaan Internet serta meningkatkan pembabitan e-dagang, akan ditingkatkan dengan sasaran satu PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
MCMC juga akan terus mempergiatkan program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bagi mendorong usahawan mikro beralih kepada pendigitalan yang bakal memanfaatkan 800,000 usahawan mikro menjelang 2025.
Mengenai pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), MCMC memberitahu buat masa ini, pelaksanaannya telah mencapai sasaran pencapaian pada setiap suku sejak September 2020.
"Kesalinghubungan yang menyeluruh serta teknologi 5G mampu mengubah trajektori ekonomi digital negara dan mencetuskan Revolusi Perindustrian Keempat yang akan menyumbang sejumlah 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025," menurut MCMC.
Pelaksanaan JENDELA (2021-2025) bertujuan meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar 4G di seluruh negara.
Ia bermatlamat merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar serta mencetuskan inovasi digital yang bakal membangunkan ekonomi digital.
Menerusi JENDELA, rangkaian 4G turut dimantapkan dengan menamatkan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021 agar spektrumnya dapat dimanfaatkan oleh khidmat rangkaian 4G, sekali gus mempercepatkan pelancaran 5G pada penghujung tahun ini.
* Artikel asal disiarkan di Dagang News.
Dagang News
Wed Sep 29 2021
Pelaksanaan JENDELA (2021-2025) bertujuan meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar 4G di seluruh negara.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
Program Kampung Angkat Madani tingkatkan kualiti hidup masyarakat desa
Kementerian Komunikasi menerusi program Kampung Angkat Madani menaik taraf fasiliti di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.