KUALA LUMPUR : Seorang lelaki tempatan hanya mampu berputih mata setelah kehilangan RM90,000 dipercayai ditipu seorang ejen jualan kereta pada 12 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata lelaki berusia 36 tahun itu telah berurusan dengan suspek berkaitan jual beli kenderaan jenama Honda HRV.
Beliau berkata suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang bekerja di sebuah syarikat kenderaan terkemuka yang terletak di Jalan Damansara.
"Pada 9 Jan lepas, mangsa membuat bayaran wang tempahan berjumlah RM500 kepada suspek dan bayaran tersebut telah diserahkan kepada pihak syarikat. Pada 29 April hingga 4 Mei lepas, pengadu telah membuat pembayaran wang secara tunai dan pindahan dalam talian ke nombor akaun syarikat yang diberikan oleh suspek.
"Namun begitu, pada 11 Mei, pengadu menerima panggilan telefon daripada pengurus pusat pameran yang memaklumkan bahawa pihak mereka masih belum menerima bayaran pendahuluan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amihizam berkata mangsa turut dimaklumkan bahawa suspek tidak lagi bekerja dengan syarikat mereka dan pihaknya telah mengenal pasti suspek berkenaan bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa lebih terpedaya.
"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSC) di talian 997, Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023

ACP Amihizam Abdul Shukor berkata lelaki berusia 36 tahun itu telah berurusan dengan suspek berkaitan jual beli kenderaan jenama Honda HRV. - Gambar fail
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.

Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.

Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.

Sentiasa semak ketulenan akaun, kandungan media sosial - Fahmi
Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Warga emas rugi RM80,000 diperdaya pekerja syarikat kurier
Suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan maklumat berkaitan jumlah wang simpanan yang kononnya bagi tujuan rujukan pihak Bank Negara.

Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.

Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan, atau 3 peratus KDNK negara
Laporan State of Scam 2024 mendedahkan 70 peratus mangsa penipuan tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.