Sejumlah RM8 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi Program Tuisyen Rakyat yang memfokuskan peningkatan prestasi akademik khusus bagi pelajar luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah tersebut akan melibatkan sekitar 30,000 pelajar untuk mencapai objektif mentransformasikan keputusan dan penguasaan ilmu golongan itu.
Katanya, kelas bimbingan atau tuisyen percuma anjuran KKLW itu mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dari kawasan luar bandar yang bakal menduduki peperiksan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
"Untuk memastikan kesemua mendapat manfaat ini kami berazam untuk jadikannya 1 Parlimen 1 Tuisyen, melalui beberapa agensi kerajaan seperti RISDA, Felcra, YPM, Ketengah.
"Pelajar dan murid yang bakal menduduki peperiksaan besar akan diberikan kelas bimbingan subjek, kelas insentif, kelas tambahan dan motivasi peperiksaan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Tuisyen Kuala Kangsar KKLW di Dewan Jubli Perak, di sini pada Rabu.
Tambahnya, kelas bimbingan akademik percuma itu akan menumpukan beberapa subjek teras dalam UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga tambahan Sejarah bagi SPM.
Ismail Sabri berkata pihaknya akan memilih pelajar dan murid bagi program tuisyen percuma itu dengan kerjasama agensi dan pelaksana dari Pejabat Pendidikan Daerah.
"Kerajaan melalui KKLW komited terhadap pembangunan aspek sosial dan kendiri kesemua pelajar luar bandar, dan akan sentiasa melaksanakan agenda mengutamakan pendidikan rakyat samada dari segi hormat baik atah kewangan.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Jun 01 2016
Ismail (tiga dari kiri) sewaktu Majlis Pelancaran Program Tuisyen Kuala Kangsar KKLW di Dewan Jubli Perak pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).