KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM5 juta sebagai dana permulaan kepada Jabatan Hutan negeri itu untuk membangunkan sebuah Taman Orkid bagi tujuan penyelidikan dan pemasaran spesis flora tersebut di peringkat global.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, orkid mempunyai pasaran tersendiri untuk industri berkenaan yang telah dipelopori oleh pembekal orkid terbesar dunia dari Belanda dan China.
Jelasnya melalui Pusat Penyelidikan Hutan Industri (IRFC) dan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC), beliau meletakkan sasaran untuk memasarkan Orkid Borneo dari Sarawak ke pasaran antarabangsa dalam tempoh dua tahun.
“Melalui penyelidikan di Taman Orkid ini kita boleh memperhitungkan daya maju ekonomi, maka petani di Sarawak selain mengusahkan sumber makanan dalam masa yang sama boleh menanam orkid.
“Industri Orkid adalah sebuah industri yang besar di dunia dan terdapat dua kawasan yang menjadi pengeksport utama Orkid iaitu di Belanda dan China, dalam erti kata lain, kita juga boleh mengeksport Orkid,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di IRFC Puncak Borneo pada Selasa.
Tambahnya, Borneo khususnya Sarawak mempunyai spesis orkid yang khusus serta berpotensi untuk menghasilkan variasi flora dan warna yang lebih menarik melalui proses kacukan.
“Di Borneo kita memiliki beberapa spesis orkid yang khusus mungkin boleh dikacukan dan kemudian kita boleh menghasilkan warna orkid yang sangat menarik, tetapi ini memerlukan penyelidikan tertentu.
“Melalui peralatan digital yang kita ada akan digunakan untuk menganalisis orkid ini dan mampu menghasilkan bunga ini dalam jumlah yang banyak seterusnya diselarikan dengan penyelidikan ekonomi,”ujarnya.
Pusat penyelidikan Orkid itu dicadangkan akan dibina di sekitar kawasan Semenggoh yang turut menjadi kompleks penyelidikan antara SBC dan Jabatan Hutan Sarawak pada masa akan datang.
Setakat ini Sarawak sudah memiliki sebuah Taman Orkid di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkeluasan 15.4 ekar mempamerkan kepelbagaian jenis dan warna.
Taman ini juga dibuka kepada orang awam dengan keseluruhan taman memiliki koleksi sebanyak 75,000 pokok Orkid dari 65 jenis genera.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Jun 28 2022
Abang Johari meletakkan sasaran untuk memasarkan Orkid Borneo daripada Sarawak ke pasaran antarabangsa dalam tempoh dua tahun. - Foto Astro AWANI
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
''Polisi saya untuk warga kulit hitam lebih baik'' - Biden
Joe Biden nafi dakwaan Trump, yang mendakwa kebajikan warga kulit hitam di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
PAC tuntut HRD Corp tarik balik surat LOD kepada akhbar
Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa berkenaan mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap ia sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
RM5 juta untuk Taman Orkid, Sarawak sasar eksport Orkid Borneo menjelang 2024
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Orkid mempunyai pasaran tersendiri untuk industri berkenaan yang telah dipelopori oleh pembekal Orkid terbesar dunia dari Belanda dan China.
Op COVID-19: Lelaki mengaku bersalah halang tugas penjawat awam
Mekanik, S. Punniamurthy, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.