GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta dan menegaskan sebarang kerosakan di tapak masih di bawah tanggungjawab pihak kontraktor.
Chow dalam kenyataan berkata RM247 juta itu merupakan kos penuh bagi projek Gurney Bay iaitu termasuk Fasa 1 dan 2.
“Setakat 31 Dis 2023, kerajaan negeri hanya membayar RM58 juta untuk kerja-kerja yang telah disiapkan. RM247 juta hanya akan dibelanjakan apabila kesemua komponen projek siap menjelang 2026.
“Mengenai kerosakan di tapak, pihak kontraktor adalah bertanggungjawab selama dua tahun atas syarat Damage Liability Period (Tempoh Liabiliti Kecacatan)," katanya.
Semalam, Chow mengumumkan pembukaan Fasa Pertama Gurney Bay kepada orang awam dan menyifatkannya sebagai taman rekreasi untuk seisi sekeluarga dengan lokasi unik yang terletak di sebelah laut dengan pemandangan pantai.
Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng memuat naik satu hantaran menerusi laman Facebook beliau yang mempersoalkan kualiti kerja taman rekrekasi berkenaan yang baru dibuka, namun sudah mengalami kerosakan.
“Nilai RM247 juta yang dibelanjakan sepatutnya membawa kepada sebuah taman rekrekasi yang bertaraf antarabangsa,” menurut Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Chow berkata RM247 juta itu merupakan kos penuh bagi projek Gurney Bay iaitu termasuk Fasa 1 dan 2.- Gambar fail/Bernama
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
[TERKINI] Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
BRICS Urban Future Forum platform dialog mampan
World Urban Forum 2024 yang sedang berlangsung di Kaherah, Mesir, menjadi medan pertemuan cendekiawan yang memberi fokus kepada perkongsian dan percambahan idea untuk pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti untuk penduduknya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
14,000 penduduk California diarah berpindah
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.