KUALA TERENGGANU: Kerajaan memperuntukkan RM192 juta bagi projek menaik taraf pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering di sini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pelaksanaan projek itu membolehkan lebih banyak bot nelayan bersaiz besar mendarat di pelabuhan berkenaan sekali gus meningkatkan pendaratan hasil laut.
"Pelabuhan Chendering akan dikorek dan dibalikkan peranannya seperti dahulu... Bagi kerja-kerja awal kerajaan negeri telah mengorek pasir (di muara pelabuhan) yang melibatkan kos sebanyak RM3 juta.
"Selepas ini Pelabuhan Chendering akan kembali aktif, lebih banyak kapal mendarat ikan termasuk bot lebih besar," katanya semasa melawat Syarikat Amir Vision Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Amir Vision merupakan satu daripada syarikat yang terlibat bagi pembangunan vesel moden Zon C2 milik bumiputera di Terengganu.
Sementara itu, menurut Pengarah LKIM Negeri Terengganu Rosli Mustapa, pelabuhan Chendering berdepan masalah muara cetek serta kekurangan kemudahan di jeti pendaratan ikan, sehingga menyukarkan pendaratan bot nelayan terutamanya bersaiz besar.
"Kerja-kerja menaik taraf dijangka bermula April ini yang akan dimulakan dengan proses penilaian dan kajian untuk membina benteng pemecah ombak dan pembaikan kecil (infrastruktur).
"Kemudian kita akan teruskan pelaksanaan projek naik taraf ini secara berperingkat... Sekarang pelabuhan masih boleh digunakan, cuma ada gangguan, bot besar betul-betul air pasang baru boleh masuk dan kena gilir-gilir sebab laluan tak besar," katanya.
Menurutnya, peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta juga akan dipohon daripada kerajaan pusat bagi menampung kos projek mendalamkan muara di pelabuhan berkenaan.
"Jumlah ini tidak termasuk dalam peruntukan RM192 juta tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Datuk Seri Mohamad Sabu pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja Projek Pembinaan Kapal Penangkapan Ikan Moden (C2) Milik Syarikat Amir Vision Sdn Bhd di MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, Pulau Duyong. - Foto BERNAMA
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
RM192 juta untuk naik taraf Pelabuhan Chendering - Mohamad Sabu
Kerajaan memperuntukkan RM192 juta bagi projek menaik taraf pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering.