KAJANG: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memperuntukkan RM1.467 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi melaksanakan projek pembentungan yang berkesan di seluruh negara.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek ini bagi memastikan sasaran Transformasi Sektor Air 2024 untuk menjadikan sektor air sebagai sasaran keselamatan air kepada setiap rakyat tercapai.
"Ini agar rakyat mempunyai akses kepada bekalan air dan sistem sanitasi yang mampu milik, dipercayai, mencukupi, bersih dan berkualiti dicapai," katanya dalam ucapan perasmian Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Berpusat Langat dan Taman Eko Langat di sini, hari ini.
Beliau berkata projek ini sejajar dengan Teras Strategik Utama Malaysia Madani iaitu menjamin kesejahteraan insan selain selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 6 yang meningkatkan akses kepada bekalan air bersih dan sanitasi.
Sementara itu, beliau berkata Projek LRK Berpusat Langat dan Taman Eko Langat merupakan projek di bawah RMK-10 yang berjumlah RM1.595 bilion.
"Loji ini merangkumi kawasan tadahan seluas 77.6 kilometer persegi termasuk Batu 11 Cheras, Cheras Jaya, Desa Baiduri, Kajang 1 dan 3 dengan kapasiti loji rawatan kumbahan sebanyak 920,000 Penduduk Setara," katanya.
Selain itu, beliau berkata LRK ini berkonsep "return to community" dengan menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi yang dikenali sebagai Taman Eko Langat kepada penduduk di kawasan yang dijangka buka kepada orang awam pada Jun ini.
Sementara itu, berhubung isu kenaikan tarif secara senyap bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik untuk kategori domestik yang di tular pada sosial media, beliau berkata pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah memaklumkan tentang kenaikan itu pada tahun lepas.
"Ia sudah dimaklumkan dan IWK juga dalam proses transformasi kerana IWK menghadapi sedikit kekangan kewangan tetapi sekarang dalam proses menjadi baik dan bayaran bil itu masih di bawah kos operasi," katanya ketika sidang media.
Sebelum ini, NRECC memaklumkan persetujuan pelarasan tarif itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2022 Pelarasan tarif ini melibatkan peningkatan antara RM5 hingga RM8 sebulan bagi perkhidmatan mengosongkan untuk premis yang memiliki tangki septik berkuat kuasa 1 Okt 2022 manakala perkhidmatan bersambung pula meningkat sebanyak RM2 sebulan berkuat kuasa 1 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
![RM1.467 bilion diperuntukkan bagi projek pembentungan seluruh negara RM1.467 bilion diperuntukkan bagi projek pembentungan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677058965_NikNazmi.jpg)
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Taman Eko Langat hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![RM1.467 bilion diperuntukkan bagi projek pembentungan seluruh negara RM1.467 bilion diperuntukkan bagi projek pembentungan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677058965_NikNazmi.jpg)
RM1.467 bilion diperuntukkan bagi projek pembentungan seluruh negara
Projek ini bagi memastikan sasaran Transformasi Sektor Air 2024 untuk menjadikan sektor air sebagai sasaran keselamatan air kepada setiap rakyat tercapai.