KOTA TINGGI: Sebanyak RM1.05 juta Dana Penyelidikan Strategik (SRF) diperuntukkan untuk pembangunan Peranti Mudah Alih Saringan dan Pemantauan COVID-19 (i-Breath).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata i-Breath yang diusahakan pasukan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu dijangka dikomersialkan dan dipasarkan pada akhir tahun depan.
Beliau berkata ia adalah satu kejayaan baharu dalam kaedah ujian COVID-19 selain Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen yang digunakan pada masa ini.
"i-Breath dibangunkan menggunakan teknologi termaju berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dan boleh digunakan di mana-mana. Hanya mengambil masa sepantas 20 saat untuk mengetahui kehadiran COVID-19 dan kesensitiviti peranti ini adalah sehingga 93 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia Parlimen Tenggara dan Showcase Prototaip Peranti i-Breath di Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat di sini hari ini.
Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata peranti berkenaan dalam peringkat prototaip dan kini dalam proses ujian klinikal selain perlu menunggu hingga tempoh enam bulan untuk disahkan.
"Selepas itu, prototaip ini akan diuji Kementerian Kesihatan (KKM) dan universiti berkenaan supaya ia menjadi satu produk bertaraf antarabangsa," katanya sambil menambah pembangunan peranti berkenaan selaras dengan komitmen kementeriannya dalam membantu sektor kesihatan dan memperkasakan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Pembangunan peranti tersebut diketuai Pensyarah fakulti kejuruteraan UTM Prof Madya Dr Malarvili Bala Krishna dan ia dilengkapi skrin memaparkan ciri pernafasan dan membolehkan pemantauan kesihatan pengguna melalui telefon pintar.
Mengulas mengenai STIE Keluarga Malaysia Adham berkata ruang reka di Parlimen Tenggara adalah yang ketiga dibangunkan di negara selepas di Paroi, Negeri Sembilan dan Kuala Terenggangu, Terengganu.
Katanya, ruang reka adalah sudut inovasi digital serta makmal komputer dan direka bentuk untuk membudayakan kreativiti dan inovasi sekali gus membuka peluang pekerjaan serta perniagaan dalam kalangan masyarakat setempat.
STIE menyasarkan golongan pelajar dan belia serta syarikat pemula dan perusahaan kecil sederhana, ruang reka ini memberi pendedahan dan latihan kemahiran kepada peserta tentang penggunaan teknologi baharu seperti 3D printer, robotik dan virtual reality.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021

Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) melihat Prototaip Peranti I-Breath ketika hadir pada Majlis Perasmian Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia, Kota Tinggi, Johor dan Showcase Prototaip Peranti I-Breath di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

RM1.05 juta dana bangunkan i-Breath COVID-19 - Dr Adham
Sebanyak RM1.05 juta Dana Penyelidikan Strategik (SRF) diperuntukkan untuk pembangunan Peranti Mudah Alih Saringan dan Pemantauan COVID-19 (i-Breath).