SONG (Kapit): Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang menyasarkan untuk memvaksin sejumlah 105,000 pekerja sektor runcit sebelum 31 Ogos ini dijangka dapat membantu mengekalkan mata pencarian golongan itu serta kemandirian perniagaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berharap tidak berlaku kelewatan untuk memulakan program itu yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
"Sekiranya kita tidak membantu mereka, akan terdapat lebih banyak perniagaan runcit yang terpaksa ditutup dan pekerja mereka menjadi penganggur.
"Itulah sebabnya kami di pihak kementerian menggesa pihak berkuasa iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberikan keutamaan kepada program vaksinasi pekerja runcit," katanya.
BACA: 105,000 warga sektor peruncitan divaksinasi sebelum 31 Ogos - KPDNHEP
BACA: 91 peratus daripada perniagaan runcit lapor jualan merosot pada separuh pertama 2021
Nanta ditemui pemberita selepas menyampaikan bakul makanan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi daerah Song di bawah kawasan Parlimen Kapit di sini semalam.
Ahli Parlimen Kapit itu berkata sejumlah 3,000 bakul makanan bernilai RM100 setiap satu akan diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Katibas, Bukit Goram dan Pelagus di bawah Parlimen Kapit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021
NANTA: Kami di pihak kementerian menggesa pihak berkuasa iaitu MKN untuk memberikan keutamaan kepada program vaksinasi pekerja runcit. - Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Pembinaan naik taraf jalan ke Pelabuhan Klang guna bahan turapan lebih kukuh - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang menggunakan bahan turapan lebih kukuh.
Projek Fasa Kedua IKMAS mampu ganda bilangan kemasukan pelajar - Nanta
Ia dapat menggandakan kapasiti dan bilangan kemasukan pelajar ke institut pendidikan tinggi itu kepada 550 penuntut berbanding 290 pada masa ini.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
Lebuhraya WISE siap 2028, mampu kurangkan 40 peratus kesesakan - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028.
Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).