KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada sesi urus niaga Jumaat, mencerminkan pendirian pro-pertumbuhan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam keadaan pelabur di seluruh dunia mula mencari pulangan lebih baik dalam aset berisiko, yang memberikan sokongan untuk mata wang tempatan.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, prospek untuk ringgit kekal menarik pelabur susulan peningkatan ketara bagi perdagangan serantau yang merangsang ekonomi tempatan dan pasaran saham ASEAN, menyaksikan saham di Asia meningkat walaupun mengalami kerugian dalam pasaran AS.
"Pasaran Baru Muncul (EM) Asia kekal menjadi daya tarikan melalui eksport ke China, yang mana pengguna di republik tersebut memasuki zon pembelian terpendam selepas pandemik.
"Aliran masuk asing telah meningkat ke China dan Eropah, dan sementara aliran itu sepatutnya meningkat, yang menyokong kedua-dua yuan dan euro, pelabur kemudiannya akan beralih mengikut lengkungan risiko dan mencari pulangan yang lebih ketara dalam aset berisiko, iaitu EM Asia," kata beliau kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2386/2425 daripada 3.2483/2523, mengukuh berbanding euro kepada 4.6393/6442 daripada 4.6602/6656 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2861/2916 daripada 5.3111/3172 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3073/3111 daripada 3.3544/3588 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu semalaman.

Ringgit terus catat aliran meningkat
Keyakinan berterusan mengenai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang positif meningkatkan sentimen, membolehkan ringgit dibuka tinggi pada Khamis.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

Ringgit teruskan kenaikan, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.