KUALA LUMPUR: Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu semalaman, dengan pelabur memberi tumpuan kepada data inflasi pada Mac dari AS esok.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.7485/7530 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 pada Isnin.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan di AS boleh menangguhkan penurunan kadar faedah, memberi tekanan kepada ringgit.
Walaupun ringgit meningkat semula, beliau mengingatkan bahawa hasil Perbendaharaan AS yang tinggi, boleh memberi impak kepada ringgit.
"Kebimbangan untuk ringgit adalah hasil AS yang tinggi, daripada 4.19 peratus pada 1 Mac kepada 4.42 peratus semalam untuk hasil 10 tahun.
"Paras rendah pada tahun ini ialah 4.09 peratus pada Januari, memberi petunjuk bahawa ringgit boleh diniagakan rendah jika data ekonomi AS kekal kukuh dengan isyarat inflasi yang kekal tinggi. Ini boleh berlaku terutamanya jika kita beralih kepada (senario) tanpa penurunan kadar pada 2024," katanya.
Bagaimanapun, katanya usaha baharu untuk rundingan gencatan senjata di Timur Tengah boleh mengurangkan tarikan dolar.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding euro kepada 5.1559/1608 daripada 5.1434/1477 pada Isnin, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1259/1290 daripada 3.1278/1306 semalam, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 6.0083/0140 daripada 5.9980/0030 sebelum ini.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9394/9566 daripada 12.9434/12.9596 semalam, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 299.7/300.1 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.41/8.42 sebelum ini.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5237/5273 daripada 3.5202/5234 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.7485/7530 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 pada Isnin. - Gambar hiasan/Reuters

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu semalaman.

Ringgit terus catat aliran meningkat
Keyakinan berterusan mengenai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang positif meningkatkan sentimen, membolehkan ringgit dibuka tinggi pada Khamis.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

Ringgit teruskan kenaikan, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.