IPOH: Hari ini, 31 Januari, sepatutnya menjadi detik dan masa yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina.
Manakan tidak, di sebelah petangnya akan ada acara tradisi iaitu jamuan makan besar dan berkumpul bersama kaum keluarga, sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Tentu saja persiapan sudah dilakukan lebih awal, baik daripada hiasan rumah dan bahan keperluan untuk menu hidangan perayaan.
Tetapi segalanya musnah dalam sekelip mata apabila rumah mereka rosak teruk akibat ribut dan 'puting beliung', petang semalam.
Penduduk yang terjejas akibat ribut ketika ditemui di Kampung Tawas di sini, berkata, tiada makan besar dan tiada sambutan perayaan esok hari.
Bagi mereka, apa yang lebih penting sekarang ialah membersihkan peralatan rumah yang masih boleh digunakan.
Cheah Seng Kun, 36 tahun, berkata semasa kejadian dia berada di rumah bersama-sama dengan tujuh orang ahli keluarga.
"Lebih kurang pukul 5 petang kami nampak angin kuat, tak hujan dan cuaca panas. Banyak aluminium dan zink kecil berterbangan.
"Tiba-tiba habis bumbung jiran dan rumah kami diterbangkan angin. Kami tak dapat buat apa-apa dan hanya berlindung dalam rumah di bahagian tandas.
"Sekarang tak dapat nak aturkan apa-apa (makan besar), tiada raya (sambut) dan tiada mood. Kalau saudara balik ke sini pun mungkin hanya untuk tolong bersihkan rumah," katanya.
Lee Cheng Man, 23 tahun, yang tinggal bersama ibunya Cheah Kim, berkata ketika kejadian dia berada di dalam bilik.
"Waktu itu tiada hujan dan tanda-tanda nak ribut, tiba-tiba saja berlaku. Ini kali pertama saya lihat kejadian sebegini, memang terkejut dan tak boleh buat apa-apa.
"Bumbung rumah rosak hancur, termasuk dinding habis diterbangkan angin. Sementara ini kami tumpang berteduh di rumah ibadat," katanya.
Katanya lagi, tiada sebarang jamuan makan besar dapat diadakan memandangkan semua persiapan musnah.
"Sepatutnya ada (makan besar) tapi tiada sebab semua ini berlaku tiba-tiba. Kebiasaannya rumah ini akan jadi tempat berkumpul sanak saudara ketika Tahun Baru Cina," katanya.
BACA: Rumah rosak, pokok tumbang akibat 'puting beliung' di Ipoh
Ujarnya lagi, dia mungkin akan menangguhkan pengajian pada semester ini yang sepatutnya dijadualkan pertengahan Februari.
"Dengan keadaan macam ini, mungkin saya tangguhkan dulu pengajian di Universiti Malaysia Perlis untuk semester ini, sebab nak tolong ibu ketika situasi begini dan saya pula anak tunggal,"ujarnya lagi.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun melawat Pusat Pemindahan Sementara mangsa ribut di Dewan Orang Ramai Kampung Tawas, di sini.
BACA: Persiapan Tahun Baharu Cina musnah, ratusan rumah rosak akibat puting beliung di Ipoh
Beliau turut meninjau keadaan di kawasan perumahan yang teruk dilanda ribut, di samping menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terbabit.
Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya.
Aida Aziz
Mon Jan 31 2022
Kejadian puting beliung di Ipoh semalam menyaksikan bumbung rumah rosak dan hancur serta dinding diterbangkan angin, mengakibatkan ada penduduk kawasan itu terpaksa menumpang teduh di rumah ibadat. - Foto Astro AWANI
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.
244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman
Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Dengan bahagian luar Taufan Krathon bergerak ke arah utara-timur laut melintasi selatan-barat daya Taiwan, semua penerbangan domestik pada Rabu dibatalkan.
'Tropical Depression' dijangka bertambah kuat, ancam Taiwan - CWA
Memandangkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk perkembangannya, TD22 diramal mencapai sekurang-kurangnya tahap taufan.
Enam rumah rosak akibat ribut di Perlis
Setakat 9.10 malam tadi, kawasan terjejas melibatkan Kariah Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi dan Tok Kaya.