BUTTERWORTH: 10,000 tanglung sutera merah yang digantung di Jalan Raja Uda di sini bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina, Tahun Arnab, serta memeriahkan lagi perayaan itu pada 22 Jan ini, kata Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Datuk Seri Hong Yeam Wah.
Beliau berkata tanglung dari China bernilai keseluruhan kira-kira RM350,000 itu, dinyalakan mulai 8 Jan lepas hingga hari ke-15 Tahun Baharu Cina.
Menurut Hong, kos untuk memasang lentera kertas itu adalah sumbangan kerajaan negeri, ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri serta Kumpulan Tan Wah.
"Tanglung dipasang sepanjang lebih kurang 4 kilometer (km), bermula dari simpang selatan Jalan Telaga Air ke seluruh Jalan Raja Uda, yang merupakan lokasi terdapatnya banyak kedai makan.
Tujuan utama menggantung tanglung ini ialah untuk menyemarakkan semangat Tahun Baharu Cina dalam kalangan penduduk di sini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Tah Wah itu berkata pemasangan tanglung itu merupakan tradisi komuniti Butterworth sejak 2009 bermula dengan hanya 5,000 tanglung.
Katanya pada 2015, Jalan Raja Uda telah dimasukkan dalam Malaysian Book of Records kerana menggantung 10,000 tanglung sepanjang 3.5 km jalannya.
"Kami telah melakukan tradisi ini secara tahunan hingga dua tahun lepas. Kami terpaksa berhenti dua tahun lepas ekoran tercetusnya wabak virus COVID-19. Tahun ini semua telah kembali normal dan kami gembira dapat menghidupkan kembali tempat ini pada musim perayaan ini," katanya.
Selain itu, Hong berkata para peniaga pasar malam di Kuil Tow Boo Keong menerima kedatangan lebih ramai pengunjung dengan 10,000 lentera berkenaan menerangi Jalan Raja Uda.
"Terdapat lebih 200 gerai menjual barangan seperti pencuci mulut, biskut tradisional, pakaian dan perhiasan, mengambil bahagian dalam pasar malam itu tahun ini. Pasar malam tersebut dijadualkan beroperasi setiap hari dari 7 hingga 10 malam," katanya.
Sementara itu, peniaga pasar malam Lim Chin Tat, 23, berkata pemasangan 10,000 tanglung itu menarik orang ramai ke gerainya.
"Pada hujung minggu, ramai orang datang melihat tanglung-tanglung yang cantik ini dan akan singgah di gerai saya untuk membeli perhiasan untuk rumah mereka. Saya bersyukur atas usaha dilaksanakan pihak berkuasa dalam meningkatkan perniagaan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

Peniaga pasar malam di Kuil Tow Boo Keong menerima kedatangan lebih ramai pengunjung berikutan 10,000 tanglung sutera merah yang digantung di Jalan Raja Uda menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. --fotoBERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Ribuan tanglung merah tarik orang ramai ke Jalan Raja Uda
Tanglung dari China bernilai keseluruhan kira-kira RM350,000 itu, dinyalakan mulai 8 Jan lepas hingga hari ke-15 Tahun Baharu Cina.

Persiapan Tahun Baru Cina, pengguna lebih sederhana
Tinjauan Astro Awani mendapati, kebanyakan mereka sudah bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan dan membeli barangan yang perlu sahaja untuk sambutan tahun baru.

Tanglung paling laris di Tahun Baru Cina
Ini kerana amalan menggantung tanglung di anjung rumah masih merupakan tradisi yang diamati sejak turun-temurun lagi.