Pameran anjuran bersama BIG CARiNG Group bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang berlangsung selama tiga hari ini mendapat sambutan baik warga setempat.
Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy, Chong Yeow Siang berkata, program Ribbon of Hope sangat bermakna.
Jelasnya, penyakit kanser sering ditemui kini dan merupakan pembunuh kedua terbesar di Malaysia.
"Saya merasakan ramai orang menganggap penyakit ini hanya memerlukan doktor yang mempunyai kepakaran yang tinggi seperti doktor pakar bedah dan pakar onkologi, untuk merawat.
"Namun penjagaan kanser yang holistik sangat penting dalam menguruskan kanser. Oleh itu, farmasi memainkan peranan penting dalam memberi bantuan, sokongan dan membimbing pesakit kanser dan ahli keluarga serta penjaga sepanjang perjalanan melawan kanser dan menjadi lebih baik (sihat).
"Malahan, BIG CARiNG Group berharap agar inisiatif kesihatan bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya kesedaran awal penyakit kanser," katanya pada Pameran Kesihatan dan Kecantikan Terbesar di Mid Valley Southkey Mall, di sini, baru-baru ini.
Menurut Yeow Siang, NCSM adalah antara badan NGO yang paling lama ditubuhkan yang sentiasa menyokong untuk memerangi kanser di Malaysia.
Justeru itu, katanya pihaknya berbesar hati untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NCSM untuk berganding bahu dengan mereka bagi mendidik masyarakat.
"Didikan awal mengenai pengesan kanser kepada tanda amaran awal kanser dan kemudian mendapatkan rawatan perubatan segera.
"Jadi dengan perkongsian kami, saya berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini dan mengurangkan kanser di malaysia," ujarnya.
Selaras dengan matlamat utama Ribbon of Hope iaitu untuk menyediakan talian hayat sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka serta membantu mereka mengharungi cabaran yang dihadapi.
BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy komited dalam menawarkan kemudahan keperluan dalam penjagaan yang mampu milik dan mudah diakses bagi komuniti ini.
Tambah Yeow Siang, pihaknya juga memberi sumbangan wang tunai yang bernilai RM 20,000 dan baucer tunai bernilai RM10,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) sebagai tanda sokongan dalam menyediakan produk kos efektif yang terbaik untuk pesakit kanser.
(Dari kiri) Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy, Chong Yeow Siang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Mohd Ikmal Izam Zaini.
Katanya BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy juga mempunyai banyak premis di Johor.
"Jika kami bekerja dengan TLJCF, saya fikir kita mampu menyumbang kebaikan bukan sahaja dalam bentuk wang ganjaran tetapi kita boleh menyumbang semua barangan penting yang pesakit kanser memerlukan dalam mengadapi kanser.
"Sebagai contoh, untuk mobiliti seperti katil hospital, walker dan kerusi roda malah untuk pesakit kanser, mereka memerlukan banyak suplemen nutrisi dan formula nutrien," tambahnya.
Terdapat pelbagai aktiviti dan reruai melibatkan kesihatan, kecantikan dan produk bayi disediakan serta pemeriksaan kesihatan percuma.
Pameran berlangsung selama tiga hari bermula 25 sehingga 27 Oktober lalu dan program Ribbon of Hope diadakan di setiap BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy.