Lelaki Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, akan diusir hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan Jong-chol kepada Jabatan Imigresen Malaysia pada 9.30 pagi ini untuk tujuan pengusiran ke negara asal sebagaimana diputuskan Jabatan Peguam Negara.
"Beliau dijadualkan akan berlepas ke negara asal pada hari ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mustafar berkata Jong-chol, 47, akan diiringi dua wakil Kedutaan Korea Utara untuk penghantaran pulang itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata Jong-chol, yang direman sejak 18 Feb lepas, akan dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asalnya berikutan kekurangan bukti untuk mendakwa.
Jong-chol dengan baju kalis peluru tiba di kawasan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di sini kira-kira 9.17 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dengan kawalan ketat polis untuk proses dokumentasi penghantaran pulang.
Kenderaan yang membawa Jong-chol dibawa terus ke tempat letak kereta aras bawah tanah JIM bagi mengelak kumpulan media yang telah berkumpul di pintu utama Ibu Pejabat JIM seawal 6.30 pagi.
Kaunselor Kedutaan Korea Utara Kim Yu-song turut kelihatan di ibu pejabat Jabatan Imigresen.
Beliau dilihat memasuki bangunan itu pada kira-kira 10.10 pagi dan keluar dua jam kemudian tanpa memberikan komen kepada media tentang tujuan kedatangannya.
Selepas kira-kira enam jam berada di ibu pejabat Jabatan Imigresen itu, Jong-chol meninggalkan bangunan itu dalam kereta peronda polis.
Tempoh reman Jong-chol yang direman sejak 18 Feb berhubung kes pembunuhan Jong Nam tamat hari ini.
Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.
Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Dua wanita asing iaitu Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam, dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang pada Rabu lepas atas tuduhan membunuh Jong-nam.
Di SEPANG, kira-kira 100 petugas media tempatan dan asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memberi tumpuan kenderaan dengan plat khas kedutaan dan akan mengejar kenderaan sedemikian apabila ia menghampiri kawasan lapangan terbang itu.
Pada kira-kira 3.15 petang, sebuah kenderaan BMW yang memperlahankan pergerakannya di KLIA menarik perhatian media apabila seorang wanita dan dua orang kanak-kanak di dalamnya kelihatan menekup muka masing-masing bagi mengelak foto mereka diambil dan menyebabkan kenderaan itu hanya berlalu tanpa berhenti.
Yu-song yang dilihat berada di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira 3.30 petang dikerumun kumpulan media yang bertanyakan tujuan beliau ke lapangan terbang itu.
"No comment (tiada ulasan)," katanya.
Jong-chol dipercayai dibawa ke KLIA melalui laluan khas yang tidak boleh diakses media.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
MUSTAFAR: Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, akan diusir hari ini. - Gambar fail
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA?
Laporan itu selanjutnya memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu sebagai berkata, terdapat rangkaian yang rapat antara Jong Nam yang telah terbunuh di Malaysia pada 2017, dan CIA.
Kes bunuh Jong-nam: Wanita warga Vietnam dibebaskan
Doan Thi Huong dibebaskan pada jam 7.20 pagi dan dijangka pulang ke negara asalnya, petang ini.
Wanita Vietnam mengaku bersalah cederakan Jong-nam
Pendakwaan meminda pertuduhan bunuh terhadap wanita itu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.
'Siti Aisyah bebas hasil rundingan Indonesia-Malaysia' - Menteri
Selepas beberapa siri rundingan dan pertemuan yang dibuat oleh pemimpin Indonesia dan Malaysia, warga Indonesia, Siti Aisyah, dibebaskan.
Kes bunuh Jong-Nam: Pendakwaan diperintah serah rakaman percakapan saksi
Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.
Kes bunuh Kim Jong-nam: 14 Disember dengar notis usul
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Dis depan untuk pendengaran notis usul yang difailkan tertuduh pertama dalam kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.
Polis kesan dua saksi bicara kes bunuh Kim Jong-nam
Polis sedang mengesan dua wanita warga Indonesia, yang diperlukan untuk hadir sebagai saksi perbicaraan kes bunuh Kim Jong-nam.
Pembunuhan Jong-nam mungkin bermotif politik
Mahkamah Tinggi di sini tidak menolak kemungkinan pembunuhan warga Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam pada Februari 2017 mempunyai motif politik.
Tertuduh kes bunuh Jong-nam diminta bela diri
Mahkamah Tinggi mengarahkan warga Indonesia, Siti Aishah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong untuk membela diri dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Malaysia buka semula kedutaan di Korea Utara
Kedutaan Malaysia di Korea Utara menamatkan perkhidmatannya sejak April 2017 susulan kejadian pembunuhan Kim Jong-nam.