Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan sebuah restoran makanan segera terkemuka di sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini ditutup sementara selama 14 hari bermula hari ini berikutan tahap kebersihannya yang kurang memuaskan.
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya mendapati restoran itu menghadapi masalah kawalan serangga perosak selepas seorang pelanggannya mendakwa minuman coklat yang dibeli di premis itu mengandungi lipas dalam kejadian pada Selasa lepas.
"Kami menjalankan pemeriksaan hari ini selepas gambar minuman coklat yang dibeli di premis itu oleh seorang wanita menjadi tular di media sosial.
"Berdasarkan pemeriksaan JKNS, kita tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan premis itu malah mendapati mereka tidak mengambil tindakan kawalan serangga yang sepatutnya," katanya.
Abdul Rahim berkata tahap penilaian kebersihan ke atas restoran makanan segera itu hanya 57.5 peratus menyebabkan premis itu diarah tutup sementara mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Bagaimanapun, katanya restoran makanan segera berkenaan boleh membuat rayuan selepas isu kebersihan di premisnya diatasi mengikut nasihat yang diberikan oleh JKNS.
Abdul Rahim berkata JKNS juga menyiasat satu lagi rakaman video seorang pelanggan menemui ulat dalam sos sambal di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai pada Ahad lepas yang turut tular di media sosial.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut pada Isnin lepas mendapati tempat penyimpanan makanan belum dimasak di premis itu berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Premis tersebut dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Kita turut mengambil sampel sos sambal di premis itu dan dihantar ke makmal untuk dianalisis sebelum tindakan lanjut diambil," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017

Seorang pelanggan restoran terbabit mendakwa minuman coklat yang dibeli di premis itu mengandungi lipas. - Sekadar gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Pasukan Polis Marin tingkat kawalan di perairan negara menjelang Aidilfitri
Pasukan Polis Marin akan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan menjelang sambutan Aidilfitri bagi menangani kes jenayah, penyeludupan dan ancaman militan Daish di perairan negara ini.

Restoran makanan segera di Seremban 2 diarah tutup sementara
JKNS mengarahkan sebuah restoran makanan segera terkemuka di sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini ditutup sementara selama 14 hari.

Polis temui pisau yang digunakan wanita untuk kerat bayi
Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita untuk memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manggol, Jitra.

Lelaki maut tertembak diri sendiri ketika buru babi hutan
Mangsa sedang menunggang motosikal ketika memburu babi hutan apabila tertarik picu senapang patah di tangannya.