ALOR GAJAH: Seorang remaja menangis di kandang tertuduh selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tiri, Februari lalu.
Tertuduh yang berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Kampung Paya Datuk di sini, kira-kira jam 2 pagi 18 Februari dan sekitar 2.30 pagi pada 23 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana dia boleh penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasrudin menawarkan jaminan RM40,000 terhadap tertuduh serta syarat tambahan.
Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kedai makan dan merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik merayu jaminan rendah dikenakan terhadapnya kerana bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya suri rumah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 10 Jun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
Tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.
Gagal serah waran tangkap, Hot Daddy, dua wanita dilepas tanpa dibebas
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya daripada pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, menjual rakama
Aniaya kucing: Lelaki didenda RM10,000
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menganiaya seekor kucing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeret haiwan peliharaannya, bulan lepas.
Pemandu Mercedes Benz langgar lari penunggang motosikal didakwa
Pemandu Mercedes Benz tular kes langgar lari penunggang motosikal sebelum terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju, mengaku tidak bersalah di mahkamah.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.
Syarikat didenda RM75,000 bina loji kitar semula tanpa EIA
Sebuah syarikat didenda RM75,000 kerana membina loji kitar semula sisa pepejal tanpa kelulusan EIA daripada JAS.