KUALA LUMPUR : Remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula pada minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin.
"Kita akan mulakan dengan remaja di Sarawak memandangkan negeri berkenaan sudah melepasi sasaran 80 peratus populasi dewasanya divaksin," kata beliau dalam sesi temu bual bersama media pada Sabtu.
Ujar beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.
"Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang.
"Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka," katanya.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
"Kita akan mengadakan satu perbincangan dan meneliti risiko pelaksanaannya," tambah beliau.
Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.
Kementerian Kesihatan dalam masa sama akan melaksanakan pemberian vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang ditetapkan, klinik serta menerusi program outreach yang dijalankan di sekolah-sekolah.
Astro Awani
Sat Sep 04 2021
![Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak - KJ Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630305504_TBKHAIRYJAMLUDDIN.jpg)
Jumlah sasaran bagi remaja bawah 18 tahun menerima vaksin COVID-19 akan ditetap berdasarkan bekalan vaksin yang diterima. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama 30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720401177_Kdrama.jpg)
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
![Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718603919_TBPDRMjpg.jpg)
Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan
Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu.
![Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719069555_olimpikparis.jpg)
Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris
Remaja yang tinggal di Ile-de-France itu dituduh melakukan konspirasi jenayah serta membeli dan memiliki senjata untuk tujuan keganasan.
![Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang
Majistret menetapkan 8 Ogos ini untuk jatuh hukum bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
![Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
![Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717632291_rogolugut.jpg)
Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi
Lebih menyayat hati apabila bayi itu dibuang kerana remaja terbabit tidak pandai menguruskannya.
![Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715646019_rentung.jpg)
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
![Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712801673_Remajamaut.jpg)
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
![Remaja maut motosikal rempuh belakang treler Remaja maut motosikal rempuh belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712828964_MotorcycleAccident.jpg)
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
![Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711849967_pulaukerengga.jpg)
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.