KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong, di sini kira-kira 2.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kematian Muhammad Alauddin Shammunaha, 16, daripada bapa mangsa pada 5.44 pagi tadi.
"Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan ke tempat pembuangan sampah di kampung itu manakala treler berkenaan sedang diparkir di kaki lima di hadapan Loji Air Kepong 1.
"Siasatan awal mendapati setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar bahagian belakang treler berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4 pagi tadi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan 'Head Injury Due to Traffic Crash'.
"Adik mangsa Muhammad Adam Haiy,14, luka di tangan dan kaki manakala sepupu mangsa Muhammad Afi Haikal Abdul Malik,16, pula cedera di kaki," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
![Remaja maut motosikal rempuh belakang treler Remaja maut motosikal rempuh belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712828964_MotorcycleAccident.jpg)
Nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar hiasan
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi hari ini mencipta sejarah apabila dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste untuk Lembaga 'Centro Nacional Chega!' (CNC). Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste.
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
![Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719907772_terbabas.jpg)
Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda
Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.
![Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719723955_kemalangan.jpg)
Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu PahatMersing di sini pada Sabtu.
!['Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands' 'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719653573_baspersiaran.jpg)
'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan teruk lebih satu jam dilaporkan berlaku dari Tol Gombak ke lokasi kejadian.
![Empat 'sahabat syurga' ajal bersama Empat 'sahabat syurga' ajal bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719615334_Kebumi.jpg)
Empat 'sahabat syurga' ajal bersama
Menurut kakak Ahmad Manan, mereka berempat berkawan baik sejak kecil hingga membina kerjaya masing-masing.
![Pegawai, anggota tentera didakwa sembunyi bukti kemalangan maut Pegawai, anggota tentera didakwa sembunyi bukti kemalangan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719398947_TBCourtHammer.jpg)
Pegawai, anggota tentera didakwa sembunyi bukti kemalangan maut
Pegawai dan anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyembunyikan bukti berkaitan kes kemalangan maut di Tawau pada Januari tahun lepas.
![Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718844560_Wanitamaut.jpg)
Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE
Mangsa berusia 50 tahun yang memandu berseorangan, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
![Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718709568_Lelakimautrempuhl.jpg)
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718327489_wargaThailandmaut.jpg)
Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE
Mangsa menaiki van itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.
![Warga emas maut langgar papan tanda Warga emas maut langgar papan tanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717990601_tbwargaemasmaut.jpg)
Warga emas maut langgar papan tanda
Ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.
![Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717847890_MotorcycleAccident.jpg)
Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).