KUALA KRAI: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir di sini pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Norhisham Saifudin pada jam 6.17 petang.
"Menurut dakwaan abangnya, remaja berkenaan dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan dan tidak dapat dikesan.
"Pihak kami dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain telah memulakan operasi pencarian di sekitar kawasan hutan yang terletak 8 kilometer dari rumah mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, bantuan dari Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan untuk mengesan remaja berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 14 2022
Norhisham dipercayai hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, Kuala Krai pada Rabu. -Foto Sinar Harian
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Remaja 18 tahun hilang dalam hutan
Menurut dakwaan abangnya, remaja berkenaan dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan dan tidak dapat dikesan.