Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Majlis Presiden untuk membuat sebarang keputusan mengenai desakan sesetengah pihak agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sementara siasatan kes klip video intim yang mengaitkannya dilakukan.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Amanah pada masa sama enggan mengulas panjang mengenai kontroversi berkenaan kerana tidak menonton klip video itu.
“Saya serah pada Majlis Presiden untuk mengkaji dan kabinet untuk mengkaji (desakan Azmin direhatkan).
“Tak tahu (sama ada Azmin perlu direhatkan) sebab saya tak tengok pun video tu,” katanya semasa ditemui media di Rumah Terbuka Wangsa Maju di sini pada Ahad.
Beliau bagaimanapun menolak sebarang bentuk politik kotor.
“Saya tidak boleh komen pasal video tu sebab saya tak tengok pun. Macam-macam kemungkinan. Mungkin kita tak boleh layan. No gutter politics. Kita tolak gutter politics,” tambah beliau.
Mohamed Azmin sebelum ini berkata beliau akan terus memberikan khidmat kepada rakyat di sebalik desakan supaya mengambil cuti sementara.
BACA: Lembaga disiplin PKR perlu siasat dalang di sebalik penyebaran video seks - Azmin
BACA: Saya simpati dengan keluarga Azmin - Dr Wan Azizah
BACA: Polis bebaskan Haziq dengan jaminan
Rahimah Abdullah
Sun Jun 16 2019
Khalid enggan mengulas mengenai kontroversi itu kerana tidak menonton klip video tersebut. - Bernama
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
Microsfot berhasrat labur USD80 bilion dalam AI
Microsoft berhasrat melabur kira-kira USD80 bilion (RM360 bilion) dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) pada tahun fiskal 2025.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif 2024
Virus hMPV merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada penganjur himpunan tersebut pada Selasa lepas.
Sampah hanyut banjiri pantai akibat air pasang
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar menyaksikan beberapa pantai tumpuan termasuk di Pantai Batu Buruk dan pantai Seberang Takir di Terengganu dicemari sampah hanyut.
Kakak usia 18 tahun mahu kad pengenalan, jaga lima adik
Calon SPM rayu mahu kad pengenalan terpaksa jaga lima adik, bercita-cita belajar sampaiu ke menara gading.
[TERKINI] 15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang tahun baharu
Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu.
Pencarian tayar lori masih diteruskan
Polis Melaka sedang giat mencari tayar sebuah lori yang tercabut sehingga didakwa menjadi punca nahas ngeri tujuh maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah bas persiaran.
Rehatkan Azmin? Khalid Samad serah pada Majlis Presiden
Pengarah Komunikasi Amanah itu enggan mengulas panjang mengenai kontroversi berkenaan kerana tidak menonton klip video itu.