KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Khas Dewan Negara mencadangkan reformasi penjara dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan penjara termasuk peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan banduan.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata langkah tersebut melibatkan aspek menjamin kesihatan, kebersihan, keberkesanan notasi Kanun Keseksaan, mengelakkan suasana penjara terbiar dan lain-lain langkah semerta.
"Pindaan undang-undang sedia ada (Akta Penjara 1995) dan kaedahnya dilihat sebagai mendesak," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurutnya, sistem banduan untuk jalani hukuman alternatif dalam masyarakat perlu dikaji dan pendekatan baharu dilaksanakan supaya soal penguatkuasaan tidak diremehkan.
"Memperluaskan mekanisme pembebasan banduan secara kebenaran khas atau yang berlesen dengan syarat keselamatan awam terjamin serta pendekatan anti-COVID-19 wajib dilakukan secara semerta untuk mengelakkan penyebaran lebih banyak kluster tembok," katanya.
Rais berkata Dewan Negara selaku badan legislatif berperanan mencari penyelesaian terbaik berkaitan isu prasarana penjara yang tidak mampu menampung bilangan banduan apabila bertambahnya kes jenayah melibatkan pemenjaraan atau tahanan.
"Ini menyebabkan 25 daripada 38 penjara di seluruh negara kini sesak. Jumlah banduan di seluruh negara adalah seramai 68,730, sedangkan jumlah sepatutnya tidak melebihi 52,000 orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 04 2020
Rais berkata, sistem banduan untuk jalani hukuman alternatif dalam masyarakat perlu dikaji dan pendekatan baharu dilaksanakan supaya soal penguatkuasaan tidak diremehkan. - Gambar fail
Sudah tiba masa Institut Integriti Malaysia luaskan peranannya
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof Institut Integriti Malaysia (IIM) perlu memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat rujukan utama dalam soal integriti di peringkat nasional. #AWANInews
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
AWANI Ringkas: PM di Shanghai hadiri CIIE ke-7
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan kegiatan seludup kasut, beg tangan bernilai lebih RM3 juta
Kasut pelbagai jenama seperti Nike dan Adidas serta 1,866 unit beg tangan dengan jenama seperti LV, Chanel, Coach yang disyaki diseludup dari Thailand ditemukan.
Perubahan skop kerja mungkin ada 'variation' dari segi harga - TPM
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa sekiranya berlaku perubahan skop kerja yang terpaksa dibuat disebabkan kedudukan tanah di tapak pembinaan tidak sesuai, ianya mungkin akan memberi kesan kepada kos. Beliau menambah bahawa sekiranya itu berlaku, permohonan peruntukan tambahan akan dibuat kepada Kementerian Ekonomi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Teknologi AI dan 'big data' memang sudah terangkum dalam JPS - TPM
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bertanyakan soalan tambahan berkenaan apakah persediaan kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi AI dan data raya dalam mengatasi masalah banjir? Timbalan Perdana Menteri memberi jawapan bahawa kedua-dua teknologi ini sememangnya terangkum dalam perancangan dan pelaksanaan oleh JPS termasuk membangunkan 'forecast operation system'.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Proses pengambilan tanah dan pengalihan utiliti punca kelewatan projek
Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjawab bagi permasalahan kelewatan projek tebatan banjir yang ditanyakan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Beliau memberi jawapan bahawa punca utama bagi kelewatan beberapa projek RTB adalah kerana proses pengambilan tanah yang lewat disebabkan keadaan tanah di tapak projek tidak bersesuaian.
BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama
"Kita mesti membina komuniti dengan masa depan bersama, untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global."
Reformasi penjara perlu untuk atasi kesesakan
Ia melibatkan aspek menjamin kesihatan, kebersihan, keberkesanan notasi Kanun Keseksaan, mengelakkan suasana penjara terbiar dan lain-lain langkah semerta.