Beliau juga berhadap bilangan pembantu penyelidik yang ditugaskan bersama ahli-ahli parlimen perlu ditambah kerana ia penting untuk meningkatkan kualiti penyampain ahli-ahli parlimen.
"Saya harap kita berubah sebab ini penting kerana seorang wakil rakyat perlu disokong oleh pasukkannya sendiri," katanya kepada hos Kamarul Baharin Haron menerusi program Agenda AWANI yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.
Berbanding beberapa negara lain, setiap wakil rakyat di Indonesia umpamanya ditawarkan dengan dua kakitangan penyelidikan sementara di Taiwan, jumlahnya berapa pada 8 hingga 14 orang penyelidik untuk setiap wakil rakyat.
Sementara itu, bercakap mengenai politik partisan di Malaysia, Mohamad Ariff berkata ahli politik tempatan sudah tidak lagi mengikut aliran partisan secara total tetapi sudah wujud corak baru pengundian dalam parlimen iaitu mengikut blok.
"Kalau pembangkang mereka akan mengundi sebagai blok pembangkang, bukan lagi mengikut parti dan kadangkala (wakil rakyat) yang bebas itu bertindak sebagai pembangkang juga".
"Idealnya, untuk isu-isu tertentu YB akan mengundi atas dasar naluri, ilmu dan prinsipnya."
"Tetapi untuk sampai tahap itu kualiti YB harus dipertingkatkan," katanya.