Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan akan mempertahan jawatannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.
"Memanglah berkewajaran untuk saya sekurang-kurangnya mempertahankan (jawatan dalam) Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Pertamanya, atas alasan suara dari Pulau Pinang. Keduanya memang saya dah duduk dalam MT dan ketiganya suara UMNO lebih bergema di Parlimen.
"Jadi saya fikir InsyaAllah saya akan buat keputusan barangkali mengekal dan menawarkan jawatan MT," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri berupa wang tunai RM200 kepada 200 penerima dan majlis iftar Parlimen Kepala Batas di Masjid Permatang Rambai, di sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau mahu menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti, Reezal Merican berkata "tidak boleh terlalu ramai menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi UMNO kerana ia akan mewujudkan keadaan cacamarba".
Katanya, beliau akan kekal bersama UMNO dan memainkan peranan sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO jika dipilih sekali lagi untuk mewakili suara parti itu.
"Biarlah kita lihat satu, dua pemimpin yang dilihat dan diberi mandat keupayaan mereka menerusi penilaian keupayaan mereka. Biarkan mereka tentukan formula mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018
Reezal berkata, beliau akan kekal bersama UMNO dan memainkan peranan sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO jika dipilih sekali lagi untuk mewakili suara parti itu. - Gambar fail
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024
Statistik itu diterbitkan berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.
Calon pemilihan UMNO diingat tidak mengharap dapat bertanding pada PRN - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada PRN akan datang.
PAU2022: Asyraf tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO
Keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu menerajui kepimpinan parti.
New York cari pegawai mitigasi tikus, gaji AS$10,000 sebulan
Pengarah mitigasi tikus akan bekerja di bawah timbalan datuk bandar untuk operasi dan Pejabat Datuk Bandar.
Calon PM UK: Boris Johnson enggan sokong mana-mana pihak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson enggan menyokong mana-mana calon yang bertanding untuk menggantikannya.
Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.
Saya tiada jawatan dalam 1MDB - Jho Low
Jho Low berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan atau kewajipan fidusiari dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta empat anak syarikatnya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Jawatan di GLC bukan habuan untuk orang politik semata-mata - Jeniri Amir
Desakan banyak pihak agar menghentikan lantikan pemimpin politik yang tidak kompeten juga ada kewajarannya.