SHAH ALAM: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Katanya kemenangan para calon pada pemilihan itu nanti bukan jaminan bagi UMNO meletakkan mereka untuk bertanding pada PRN yang dijangka akan diadakan selepas sambutan Hari Raya nanti, sebaliknya pelbagai ciri lain akan dipertimbangkan bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.
"Di Selangor, Insya-Allah kita akan berusaha agar dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri selepas PRN, mungkin sebab itu ramai yang tawar diri untuk pelbagai jawatan bagi pemilihan kali ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata Selangor menghantar jumlah senarai pencalonan tertinggi pada pemilihan kali ini iaitu seramai 79 orang untuk bertanding merebut pelbagai peringkat jawatan dalam parti.
"Kita harap pemilihan peringkat parti ini bukan tapak untuk menjadi calon (PRN) dan meraih rezeki," katanya berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Naib Presiden, Majlis Tertinggi dan Exco Sayap-sayap, parti peringkat Selangor di sini pada malam Rabu.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Enam negeri bakal mengadakan PRN pada tahun ini iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Ahmad Zahid berkata calon yang menang nanti sepatutnya mempunyai keazaman untuk memperkukuh semula dan memperkasa UMNO sebagai parti keramat untuk orang Melayu.
Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri itu turut berpesan kepada calon yang kecundang untuk terus setia dan tidak keluar daripada UMNO.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Timbalan Perdana Menteri itu turut berpesan kepada calon yang kecundang untuk terus setia dan tidak keluar daripada UMNO. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.