KUALA LUMPUR: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Disebabkan itu, ramai yang mengambil peluang pada hari terakhir Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di sini untuk mendaftar bagi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah pangsapuri.
Iskandar Chin Abdullah, 39, berkata jika ada rezeki memenangi cabutan bertuah itu, dia berhasrat menghadiahkannya kepada ibu dan bapanya yang kini menyewa di Seri Kembangan sejak sedekad lepas.
"Kalau menang, saya mahu hadiahkan rumah ini kepada orang tua saya kerana mereka tinggal bersama adik dan saya sendiri belum mampu membelikan mereka sebuah rumah," katanya ketika ditemui Bernama di reruai Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Seorang lagi pengunjung, Siti Nor Baya Sulaiman, 26, berkata dia yang belum mempunyai rumah pertama berharap rezeki berpihak kepadanya hari ini.
"Saya datang ke reruai Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) untuk bertanyakan mengenai projek baharu dan kebetulan dimaklumkan ada cabutan bertuah, maka saya pun mencuba nasib," katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PR1MA Zulkarnain Zainuddin berkata lebih 2,000 pengunjung mendaftar untuk cabutan bertuah bermula Jumaat lepas dan jumlahnya dijangka meningkat menjelang petang nanti.
Beliau berkata nama pemenang bertuah akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani 3 petang ini.
Pangsapuri yang ditawarkan itu berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air di Bandar Bukit Mahkota, Kajang bernilai RM260,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Iskandar (kiri) berkata jika ada rezeki memenangi cabutan bertuah itu, dia berhasrat menghadiahkannya kepada ibu dan bapanya yang kini menyewa di Seri Kembangan sejak sedekad lepas. - Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KPT tawar 24,500 tempat pengajian sempena program setahun bersama Kerajaan MADANI
Ia bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula esok hingga 10 Dis ini.