Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat membantu dalam mendedahkan lebih banyak butiran tentang kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia pada 1980-an dan 1990-an, jauh lebih banyak daripada yang didedahkan, kata Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Pasukan Petugas Khas (STF) yakin dengan penyiasatannya bahawa angkanya jauh lebih besar (daripada yang telah didedahkan)," katanya.
Bagaimanapun, STF tidak dapat memeriksanya dengan lebih terperinci berikutan batasan yang dihadapinya, katanya dalam temu bual dengan media terpilih pada Jumaat.
"Sebagai sebuah Pasukan Petugas, kami ada batasannya. Sebab kita ditubuhkan secara pentadbiran sahaja dan tidak di bawah mana-mana undang-undang maka STF tidak mempunyai kuasa untuk memaksa sesiapa untuk datang membincang atau memberi apa-apa maklumat," jelasnya.
STF yang diterajui beliau boleh akses kepada dokumen yang diboleh didedahkan kepada awam, contohnya Laporan Tahunan BNM dan rundingan antara BNM dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
"Kami juga tidak boleh paksa sesiapa untuk datang, jika anda suruh mereka datang dan mereka tidak mahu datang, perkara itu bukan satu isu. Dan jika mereka datang dan kami soal mereka, dan sekiranya mereka enggan jawab (kami tidak boleh buat apa-apa mengenainya)."
"Dan ia tidak secara bersumpah. Walaupun mereka jawab, kami tidak tahu sama ada ia benar. Jadi sebab itu kenapa RCI adalah lebih baik, walaupun selamat untuk katakan bahawa STF mempunyai sebab untuk percaya bahawa angka kerugian sebenar adalah berbeza dan dan lebih banyak daripada angka yang diberikan lebih awal," kata Sidek.
Namun, RCI boleh melakukannya, katanya dan menurutnya ia mungkin mempunyai akses kepada dokumen-dokumen berkaitan kerugian urus niaga mata wang asing, misalnya daripada Kementerian Kewangan (MOF) atau BNM,
Pada 26 Jan, bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan BNM mengalami kerugian US$10 bilion dalam urus niaga pasaran mata wang asing pada awal 1990-an, jauh lebih besar daripada RM9 bilion seperti dinyatakan oleh BNM.
Susulan itu, STF dengan tujuh anggota yang diketuai Sidek ditubuhkan pada Februari.
Sidek, yang juga pengerusi Petronas berkata STF fokus pada tiga perkara dalam terma rujukan, satu daripadanya mengendalikan penyiasatan awal kerugian dialami BNM berkaitan dengan transaksi mata wang asing yang berasaskan spekulatif.
Ia juga menyiasat sama ada terdapat sebarang tindakan untuk menyembunyikan kerugian itu dan sama ada Kabinet dan Parliamen juga telah dikelirukan, dan ia perlu mematuhi syor-syor kerajaan untuk tindakan lanjut, termasuk menubuhkan RCI.
Pada 21 Jun, STF menyerahkan dapatannya, merumuskan bahawa ia mendapati wujud kes prima facie untuk penyiasatan lebih terperinci dengan penubuhan RCI.
Menjelaskan proses penyiasatan itu, Sidek berkata sebanyak 12 individu termasuk bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah ditemu bual oleh STF, dan mereka semua memberikan kerjasama baik.
Ditanya sama ada terdapat individu yang dipanggil tetapi tidak tampil, beliau berkata: "Yang dipanggil tak ramai yang tak mahu datang. (Yang tidak datang), mungkin dia sudah lupa."
Antara mereka yang dipanggil oleh STF ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta bekas Menteri Kewangan Kedua dan Penolong Gabenor BNM pada ketika itu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Ditanya mengenai keperluan untuk menyiasat perkara yang telah berlaku kira-kira dua dekad lepas, Sidek berkata: "Perkara ini telah berlaku lama tetapi dedahan telah dibuat yang menyatakan angka kerugian itu adalah agak besar.
"Saya kira, rakyat perlu penjelasan tentang perkara itu dan kerajaan telah memutuskan supaya diadakan penyiasatan.
"Oleh itu, RCI adalah satu-satunya jalan untuk mengetahui sepenuhnya.
"Kalau tak buat sekarang, ia akan berlarutan. Di masa hadapan lima, 10 tahun lagi akan dibangkitkan lagi. Dengan penyiasatan penuh menerusi RCI, perkara ini akan dimuktamadkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2017
Pada 26 Mei, Tan Sri Sidek Hassan hadir di Kementerian Kewangan bagi mendengar keterangan daripada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung urus niaga mata wang asing yang melibatkan kerugian BNM sekitar tahun 1990-an. --fotoBERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran
Bank Negara Malaysia menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat.
Pengukuhan ringgit pada suku tahun ketiga didorong faktor dalaman, luaran
Antara pendorong utama pengukuhan ringgit ialah prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan reformasi struktur oleh kerajaan.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
Individu rugi lebih RM1.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang individu di Gombak kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.