KUALA LUMPUR: Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuatkuasa 23 Jun 2023.
Pelantikan Razarudin Husain itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
"Razarudin berumur 61 tahun, dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor.
"Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen.
"Beliau memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor.
"Beliau kemudiannya dilantik sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di daerah sama pada tahun 1997," kata Saifuddin dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pada tahun 1998 beliau kembali bertugas di JSJ Daerah Muar sebagai Pegawai Penyiasat Kanan dan di jabatan yang sama di Kontinjen Johor.
Seterusnya, pada tahun 2000, beliau meneruskan khidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kluang sebelum menyambung pelajaran di Maktab PDRM Cheras.
"Kemudian beliau ditempatkan di JSJ Daerah Kota Setar dan dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Polis (DSP) dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan.
"Selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat dan berkhidmat selama tiga tahun di situ. Beliau kembali ke JSJ Bukit Aman di Operasi Khas D8 dengan pangkat Superintenden dan
menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.
"Sekembalinya dari belajar, beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan ditempatkan sebagai Penolong Pengarah D9, JSJ Bukit Aman dan setelah itu beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Komander, Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ke Kontinjen Pulau Pinang sebagai Ketua JSJ," katanya.
Razarudin Husain kemudian dinaikkan pangkat ke Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dua tahun selepas itu, seterusnya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis dengan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak.
Saifuddin berkata, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021 sehingga kini.
"Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini," ujarnya.
Afiezy Azaman
Wed Jun 21 2023
Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
10 lokasi dipercayai dijadikan pusat kuarantin GISB di Malaysia, dua di Indonesia, Turkiye - KPN
Siasatan mendapati terdapat 12 pusat kuarantin milik GISB yang dipercayai dijadikan sebagai tempat indoktrinasi dan penderaan mental kepada ahli yang bermasalah.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
Sejak Op Global fasa pertama bermula awal September, lebih 300 orang ditahan, 572 mangsa diselamatkan, lapan individu dituduh di mahkamah.
Semua premis GISB di Sabah, Sarawak tidak lagi beroperasi - KPN
Semua premis berkaitan GISB di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi susulan Op Global dijalankan PDRM baru-baru ini.
Op Global: GISB didapati tak pernah bayar cukai - KPN
Hasil siasatan PDRM terhadap GISB mendapati kaedah perniagaan mereka telah dimudah cara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi GISB.
Polis kesan individu rakam video turunkan Jalur Gemilang - KPN
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam merakam video menurunkan Jalur Gemilang dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia.
Pengikut GISB masih dalam negara, tidak mampu lari ke negara jiran - KPN
Pengikut GISBH dipercayai masih berada dalam negara kerana sukar untuk mereka melarikan diri sehingga ke negara jiran.
PDRM mahu kongsi kemahiran dengan agensi penguat kuasa lain - KPN
PDRM berhasrat berkongsi kepakaran dimiliki pasukan itu dengan agensi penguatkuasa lain menerusi pelbagai kursus yang boleh dianjurkan pada masa hadapan.
Kes GISB: 156 lagi ditahan, 187 mangsa bawah umur diselamat – KPN
Fasa keempat Op Global terhadap GISB yang bermula pada 21 September lepas, menyaksikan seramai 156 lagi individu ditahan dan 187 lagi mangsa diselamatkan.